Cara Jaga Bayi Baru Lahir

image

1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan. Untuk memudahkan cara letak bayi dalam bekas mandi cetek, di mana bayi boleh dibaringkan.

2) Sebelum mandi, sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.

3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ‘alcohol swab’ yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain.

4) Tuam perut dan ari-arinya dengan tungku baby. Panaskan tungku baby dengan meletak di atas tungku ibu yang panas atau letak di atas belanga/seterika. Cara lain tuam menggunakan daun sirih yang telah dipanaskan. Ini penting untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak angin bayi untuk beri keselesaan kepadanya. Ini penting untuk mengelak perut bayi kemasukkan angin dan menyebabkan kembung.

6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa. Baju kain kapas adalah disarankan kerana pengudaraan adalah lebih baik dan tidak panas.

8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan kulit bayi melecet dan tumbuh ruam lampin.

9) Bayi yang baru lahir sehingga berusia sebulan lebih tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya.

Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya.

Namun jika cuaca panas, elakkan berbedung. Ini kerana boleh menyebabkan bayi demam dan tumbuh ruam panas.

11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.

12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena. Jangan biarkan bayi tidur lama, ini penting untuk mengelakkan jaundis.

Bayi memerlukan cecair untuk mengeluarkan bilirubin yang menyebabkan jaundis melalui air kencing dan najis. Tinggikan kepala bayi ketika menyusu bagi mengelakkan tersedak susu.

Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Namun adalah baik, jika puan terus menyusukan bayi selama 2 tahun.

13) Untuk Penjagaan Kulit Bayi yang sihat, para ibu disarankan menggunakan produk bayi organik, yang semulajadi tanpa kimia bahaya. Ini kerana kulit bayi yang nipis dan sensitive itu mudah mendapat allergi dan eczema.

Salam sayang
Sue

4 Penjagaan Penting Bayi Baru Lahir

1. KULIT

Rawatan penting bayi baru lahir adalah ada di kawasan kulit. Bayi mempunyai kulit yang sensitif. Rangsangan ringan sekalipun boleh menimbulkan kemerahan dan gatal pada kulitnya. Namun, tak perlu bimbang kerana hal ini boleh ditangani. Pastinya, jaga kebersihan kulit bayi dengan mandi dia dua kali sehari, pagi dan sore. Bagaimana cara mandi dia, lihat h. 10-12.

Jika bayi mengalami biang keringat atau keringet buntet, segera atasi. Umumnya, biang keringat muncul di sekitar leher, dada, bawah lengan, dan lipatan-lipatan kulit yang lain serta di kawasan lampin. Penyebab kemunculannya ialah tingginya kelembapan kulit akibat tersumbatnya kelenjar keringat.

Untuk mengatasinya, bawa bayi keluar dari tempat yang panas dan lembap agar bayi tetap sejuk dan kering atau mandikan. Bila mungkin, tidurkan di bilik ber-AC. 

 2. TELINGA

Bersihkan bahagian luar telinga dengan lap pembersihan atau kapas bertangkai (cotton bud). Jangan masukkan cotton bud, pembersihan telinga, jari atau apa pun ke dalam lubang telinga. Telinga pada dasarnya mempunyai kuasa untuk membersihkannya sendiri, sementara usaha untuk mengeluarkan tahi telinga justru hanya akan menolaknya lebih masuk lagi. Rawatan penting bayi baru lahir perlu dilakukan secara cermat dan teliti.


 
3. KUKU

Memotong kuku sangat penting bagi bayi. Kuku bayi yang panjang akan berbahaya bagi dirinya. Ia akan mencalarkan tubuhnya sendiri atau wajahnya. Cara memtotong kuku yang aman adalah saat bayi sedang tidur. Gunakan gunting atau pemotong kuku khas dan berhati-hatilah agar jangan sampai mencederakan bayi. Meski remeh, bila rawatan penting bayi baru lahir diabaikan, anak boleh terluka terkena goresan kuku.

4. TALI PUSAT

Sisa tali pusat akan menjadi hitam beberapa hari selepas lahir. Ia akan lepas kira-kira 1-4 minggu selepas lahir. Kita dapat mempercepatkan penyembuhan dan mencegah jangkitan dengan membuatnya kering dan berkontak dengan udara. Berikut cara rawatan penting bayi baru lahir:

Ketika memasang lampin, lipatlah bahagian depannya di bawah pusar agar air kencing tidak mengenai bahagian tersebut dan udara dapat masuk. Lipat baju ke arah atas.


Jangan memandikan bayi dengan berendam di ember dan jangan membasahi pusar ketika membasuh bayi dengan tuala basah sehingga sisa tali pusat terlepas.

Usap sisa tali pusat dengan alkohol (pada kapas steril) agar tetap bersih dan mempercepatkan pengeringan.