Perkara Wajib Kena Tahu Ketika Hamil

Kehamilan merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan luar biasa dalam kehidupan wanita. Pelbagai perasaan yang timbul ketika ini ditambah dengan pengalaman membawa satu nyawa untuk dilahirkan ke dunia ini. Seorang wanita yang sudah bersedia menjadi ibu untuk menjalani proses kehamilan ini perlu mengambil tahu banyak perkara berkaitan dengan kehamilan. Berikut antara perkara yang perlu anda ketahui berkaitan persoalan tentang dunia kehamilan.

image

Waktu Wanita Mula Hamil, Masa Subur Dan Pusingan Haid

Persenyawaan berlaku apabila sel telur yang sudah matang bertemu sperma. Melalui proses ovulasi, sel telur matang akan dilepaskan dan mempunyai hanya beberapa hari saja untuk disenyawakan dan peluang berlakunya kehamilan. Terdapat beberapa tanda yang menentukan bilakah wanita sedang mengalami proses ovulasi atau waktu suburnya. Antaranya perubahan kekentalan cecair vagina dan suhu badan yang berubah ketika bangun tidur. Ketika ovulasi cairan vagina lebih jernih dan tidak mudah pecah apabila diregangkan. Perubahan suhu badan pula cenderung lebih tinggi daripada kebiasaannya. Tidak banyak perubahan yang dapat dirasakan pada awal kehamilan berlaku. Ia boleh dikenali melalui tanda tidak lagi datang haid, payudara terasa sakit dan menegang, keletihan, peningkatan kekerapan membuang air kecil atau gejala morning sickness seperti mual dan muntah.

Pengambilan Vitamin Tambahan

Untuk wanita hamil, vitamin prenatal (vitamin khas untuk ibu hamil) lebih baik daripada vitamin biasa kerana ia khas untuk memenuhi keperluan gizi untuk proses kehamilan. Apabila hamil, anda perlu mengambil tahu vitamin dan gizi penting yang diperlukan tubuh. Kekurangan gizi tertentu boleh menjejaskan kehamilan. Pada masa kini, terdapat pelbagai pilihan vitamin untuk wanita hamil yang ada di pasaran. Doktor juga selalunya akan membekalkan anda dengan vitamin penting untuk kesihatan kehamilan anda. Jangan merancang sendiri pengambilan vitamin tertentu. Kesihatan kehamilan bukan bergantung lebih banyak vitamin yang anda ambil akan menjadi lebih sihat, sebaliknya hanya dos yang diperlukan oleh tubuh sahaja. Sesetengah vitamin jika diambil secara berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap bayi dalam kandungan. Kerana itu adalah penting untuk anda sentiasa mendapatkan pandangan doktor bagi mengetahui dos yang sesuai dengan keperluan tubuh mengikut keadaan dan kesihatan anda.

Kepentingan Asid Folik

Selalunya wanita yang merancang ingin hamil akan disarankan mula mengambil asid folik sebelum kehamilan bermula dan diteruskan sepanjang tempoh kehamilan. Asid folik amat penting untuk wanita terutama pada saat awal kehamilan. Fungsi utamanya adalah untuk mencegah kecacatan bayi seperti kesumbingan pada bibir, mulut dan lelangit selain mengelakkan perkembangan otak janin yang tidak normal. Beberapa makanan seperti hati dan sayuran hijau mengandungi asid folik namum ia tidak mencukupi bagi wanita hamil yang amat memerlukannya untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Kerana itu pengambilannya amat penting sejak awal kehamilan. Malah asid folik turut disarankan pengambilannya oleh wanita yang tidak hamil kerana kebaikannya dari sudut kesihatan.

Pertambahan Berat Badan Normal Ketika Hamil –

Pertambahan berat badan semasa hamil secara purata lebih kurang 13kg. Jumlah ini termasuk berat janin, plasenta, cecair ketuban, rahim yang membesar, pembesaran payudara dan peningkatan cecair dalam tubuh ibu hamil. Selebihnya adalah pertambahan lemak pada tubuh si ibu. Cadangan pertambahan berat yang sesuai sepanjang kehamilan ialah antara 7 – 18kg untuk mereka yang berat badan di bawah paras normal (terlalu kurus) sebelum kehamilan, 7 – 16kg untuk wanita dengan berat normal sebelum kehamilan dan 7 – 12 kg untuk wanita dengan berat badan berlebihan sebelum kehamilan. Kenaikan berat yang keterlaluan ketika hamil berisiko membuat anda melahirkan bayi yang besar selain mengalami masalah obesiti selepas melahirkan anak. Manakala jika pertambahan berat terlalu sedikit pula, ia berisiko melahirkan bayi pramatang atau bayi mengalami masalah kekurangan berat badan.

Stress Semasa Hamil

Stress atau tekanan ketika hamil mudah dialami oleh wanita hamil dan ada kaitan dengan faktor hubungan di sekelilingnya seperti dengan keluarga dan teman-teman. Sesuatu kejadian yang tidak terduga seperti berita buruk dan tuntutan pekerjaan turut menjadi punca utama wanita hamil mudah stress. Gejala stress seperti rasa cemas, lelah, takut, sedih, marah atau berduka boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan tekanan darah tinggi yang juga berisiko menyebabkan bayi bermasalah. Tambahan pula dengan keadaan tubuh wanita yang dalam proses kehamilan, memang agak sukar menangani stress dalam waktu ini. Beberapa cara seperti mendekatkan diri kepada tuhan, kaunseling, berhibur dengan orang tersayang antara cara untuk membantu wanita hamil menangani stress. Paling penting adalah sokongan daripada orang-orang yang disayanginya seperti suami dan ahli keluarga untuk membantu mengatasi stress yang timbul.

Makanan Mentah

Penting untuk diketahui bahawa pengambilan makanan mentah atau separuh mentah seperti sushi dan telur separuh masak haruslah dielakkan oleh wanita hamil. Tambahan pula ikan mentah adakalanya mengandungi parasit seperti cacing pita yang boleh menyebabkan penyakit. Makanan seperti ikan dan daging haruslah dimasak hingga benar-benar masak agar segala parasit di dalamnya mati.

Urutan Ketika Hamil

Urutan lembut ketika hamil banyak membantu untuk menenangkan dan memberi kelegaan kepada wanita hamil. tetapi bukan bermakna anda boleh mendapatkan urutan begitu saja kerana untuk wanita hamil, ada teknik urutan tertentu yang sesuai dengan perubahan fizikal ibu hamil. Oleh itu dapatkan mereka yang benar-benar arif tentang urutan untuk wanita hamil. Selain itu pasangan juga digalakkan mengurut lembut tubuh isteri terutama bahagian yang sakit seperti kaki dan pinggang. Selain membantu melgekan kesakitan, ia juga mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Elakkan Kucing

Kucing memang haiwan peliharaan yang comel. Namum semasa hamil elakkan dari mendekati haiwan ini. Kuman yang ada pada kucing boleh mencacatkan janin malah boleh menyebabkan keguguran.

Elakkan Alkohol

Elakkan makanan atau minuman mengandungi alkohol. Ia boleh memasukki darah.

#sue
#sebuahperkongsian

Advertisements

Bahaya Makan Pil Ketika Hamil

Kerap kali orang ramai tidak sedari bahawa kebanyakan ubat yang diambil semasa hamil akan mempengaruhi kesihatan bayi yang dikandung (janin). Tragedi dramatik ubat talidomida (Synovirâ) dipasarkan apabila ia didapati selamat digunakan sebagai ubat tidur atau ubat penenang. Ibu-ibu mengandung telah menggunakan ubat tersebut tanpa memberi kesan mudarat pada diri mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada bayi yang telah dilahirkan mengalami kecacatan yang teruk pada bahagian lengan dan kaki. Lebih daripada 10,000 kanak-kanak telah menerima padah akibat penggunaan ubat talidomida oleh ibu mereka.

image

Para saintis dan profesional kesihatan mula prihatin sejak tragedi tersebut. Banyak kajian yang telah dilakukan bagi mengesan kesan mudarat ubat terhadap janin. Ubat-ubat yang dikaji termasuklah ubat preskripsi, tanpa preskripsi dan dadah-dadah merbahaya. Malangnya, maklumat saintifik sukar didapati kerana penyelidik tidak boleh menguji ubat-ubat ke atas ibu yang sedang mengandung. Pemberian ubat ujian kepada ibu mengandung dianggap tidak beretika kerana ia boleh membawa risiko yang tinggi kepada ibu serta janin. Kajian secara tidak langsung telah digunakan untuk mengenalpasti kesan ubat ke atas haiwan hamil, atau secara soal selidik.

Walaupun terdapat masalah dalam mengenalpasti kesan ubat secara tepat, banyak penemuan berkaitan kemudaratan ubat terhadap janin dan bayi didapati. Sesetengah ubat boleh dikaitkan dengan kecacatan bayi atau boleh merencat atau melambatkan pertumbuhan fizikal kanak-kanak tersebut. Ubat-ubat ini dikenali sebagai “teratogen”. Contoh-contoh teratogen ialah ubat kanser, antibiotik, dan ramuan alkohol. Kesan teratogen bergantung kepada jumlah yang diambil oleh ibu dan masa yang diambil semasa hamil. Secara umumnya, risiko buruk terhadap janin meningkat apabila jumlah yang diambil dan kekerapan pengambilan meningkat. Oleh itu, ubat harus diberikan kepada ibu hamil (hanya jika perlu) dan dalam jumlah (dos) yang paling kecil.

Kemudaratan ubat ke atas bayi juga bergantung kepada waktu pengambilan dalam tempoh 9 bulan semasa hamil. Kebanyakan keganjilan atau kecacatan yang berlaku kepada janin berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama semasa mengandung. Kadangkala ia berlaku kerana si ibu tidak sedar bahawa dia telah mengandung. Keguguran boleh berlaku jika bahan teratogen diambil dalam tempoh 2 – 3 minggu hamil. Pendedahan kepada teratogen dalam minggu 5 – 6 boleh mengakibatkan kecacatan kepada bayi kerana dalam tempoh ini janin sedang mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang kritikal dari segi organ, anggota dan struktur tubuh yang lain. Mulai minggu ke 8 hinggalah kelahiran, bayi melalui tempoh tumbesaran yang penting. Sistem organ dan tubuh terus membesar. Teratogen yang diambil dalam tempoh ini boleh menyebabkan keguguran atau bayi dilahirkan ‘tidak cukup bulan’. Bayi yang dilahirkan akan bersaiz kecil daripada saiz normal. Ubat-ubat ini boleh juga merencat otak bayi, dan kesannya hanya dapat dilihat semasa bayi tersebut mula membesar mencapai tahap kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pembelajaran dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.

Kemudaratan ubat atau teratogen boleh menjadi teruk jika ibu yang mengambil ubat tersebut telah berumur (tua), kekurangan zat makanan, sedang mengalami penyakit atau sering dalam keadaan tertekan.

#sue
#sebuahperkongsian

Apa Yang Ayah Nak Buat Dalam Labour Room?

Semua ibu yang mengandung akan mengalami perasaan yang bercampur baur apabila tiba masa untuk masuk ke dalam labour room. Memang la masa tu sakit nak bersalin akan mengatasi perasaan yang macam-macam nie, tapi ibu masih akan rasa takut, gembira, risau, dan segala macam perasaan lagi. Di sinilah suami memainkan peranan yang sangat penting semasa bersama isteri di dalam labour room.

image

Masa dalam labour room inilah kita akan tengok sikap sebenar suami kita. Mungkin pada hari biasa, suami kita macam takde perasaan je dan buat endah tak endah je dengan kita, tapi masa dalam labour room, kita akan tengok yang suami kita adalah seorang yang sangat kuat dan penyayang orangnya.

Banyak sebenarnya peranan suami kita semasa di dalam labour room. Kita je kadang-kadang tak perasan apa yang suami kita lakukan di kala kita menahan kesakitan nak bersalin. Antara perkara biasa yang suami kita selalu buat masa teman kita nak bersalin adalah:

1. Memberi semangat dan dorongan

Kita selalu cakap ‘sakit yang, tak tahan rasanya nie’ tapi tak bersalin pun lagi. Suami kita akan sentiasa memberi galakan untuk teruskan perjuangan yang hampir selesai ini. “takpe, sikit je lagi nie, sayang kan kuat. Kejap lagi bersalin la nie. Allah akan bantu sayang.” Suami kita akan cakap macam-macam kata-kata semangat untuk lekakan dan alih perhatian kita dari memikirkan kesakitan itu.

2. Selalu dijadikan ‘punch bag’

Punch bag nie bukanlah untuk bertumbuk tu. Maksud Syu adalah suami kita la tempat kita lepaskan kemarahan dan segala kesakitan. Kalau nak tahan sakit, tangan suamilah yang akan kena ramas, kalau rasa tak tahan, kadang-kadang kita akan termarah dan tertinggi suara juga pada suami.

Tapi, suami kita redha je masa tu. Kena marah pun masih memberi semangat lagi, kena genggam tangan macam nak patah pun masih berada di sebelah kita sampai ke penghujung. Bagus sebenarnya suami kita nie. Jangan sesekali fikir yang suami kita tak sayang kita dan tak pernah nak ringankan beban kita. Fikirlah pengorbanan suami kita di masa ini kalau kita marah sangat padanya. Mesti luluh hati 🙂

3. Pembaca zikir/alunan ayat Al-Quran

Di kala kita sakit, mulut suami kita akan selalu menyebut zikir dan juga ayat-ayat Al-Quran. Pada masa ini, hati suami kita sebenarnya risaukan kita, tapi kenalah tunjuk kuat depan isteri…hehe…Allah sajalah tempat mereka meminta tolong pada masa nie.

Selain itu, suami kita akan baca zikir pada kita atau suruh kita berzikir bersama-sama bagi mengurangkan sakit nak bersalin itu. Suami Syu akan selalu baca zikir Nabi Yunus masa dalam labour room untuk memudahkan proses bersalin 🙂

Peranan tambahan

Di sesetengah hospital, suami dibenarkan untuk menyambut kelahiran anak mereka sendiri. Mesti best kan kalau dapat sambut anak dengan tangan suami sendiri. Suami kitalah orang pertama yang sentuh anak kita, bukan doktor atau nurse. Tapi, untuk sambut anak, mestilah ada kelas yang perlu dihadiri oleh suami kita masa kita mengandung dulu. jadi, kalau nak suami sambut kelahiran anak, pastikan suami kita pergi ke kelas yang berkenaan.

Selepas menyambut kelahiran anak, suami kita akan azan dan iqamat kan anak kita yang baru lahir. Ini adalah untuk mengingatkan si anak akan siapa dirinya sekarang ini. Moga anak yang baru lahir itu menjadi anak yang soleh dan solehah 🙂

Percaya tak percaya, suami kita adalah orang yang paling gembira bila kita dah bersalin. Tak payah tengok lagi segala kesakitan yang kita hadapi semata-mata nak lahirkan zuriat. Bila tengok muka anak, hilang terus rasa penat dan sakit tangan kena genggam semua. Yang tinggal hanya senyuman di bibir suami 🙂

#sue
#sebuahperkongsian
#lovetoshare

Ketahui Tahap Bukaan Rahim Sebelum Kelahiran

image

Tahap Bukaan Jalan Lahir adalah Satuan Lebar jalan lahir, akan diawali dengan terjadinya kontraksi (Serangkaian kontraksi rahim yang terjadi secara teratur).

Hal ini akan bertahap mendorong janin melalui rahim bagian bawah (Serviks) dan vagina. Kontraksi ini terjadi bertahap, menipis dan tertarik sampai hampir menyatu dengan rahim, sehingga memungkinkan janin dilahirkan melalui vagina.

Kontraksi ini tidak berlangsung singkat, bahkan beberapa mulai dirasakan 2 minggu sebelum proses persalinan.

Adapun Proses persalinan terdiri dari rangkaian bukaan jalan lahir yang biasanya terjadi 12 –  14 jam (pada kehamilan pertama), dan 6 – 8 jam pada persalinan anak ke 2 dan seterusnya. Adapun tahapan bukaan terbagi menjadi 10, yang diantaranya adalah:

image

Tahap Bukaan 1

Bukaan Satu merujuk pada 1 cm lebar jalan lahir yang sudah terbuka. Pada tahap bukaan I, mulut rahim mulai melebar 1 cm. Ibu hamil akan mengalami rasa mulas di perut dan rasa nyeri pinggang, kadang juga diikuti keluarnya sedikit darah dari vagina.

Tahap Bukaan 2

Lebar bukaan di leher rahim mulai bertambah, biasanya Ibu Hamil akan merasakan kram, mirip kram saat awal menstruasi. Bahkan beberapa ibu yang akan melahirkan juga merasakan kembung, mual dan pusing.

Tahap Bukaan 3

Tahap Bukaan Tiga ditandai dengan kontraksi yang dirasakan, semakin sering. Jeda waktu antar kontraksi yang dirasakan adalah 30 menit hingga 1 jam.

Tahap Bukaan 4

Mulut rahim pada Bukaan empat akan semakin tipis, dan biasanya pelindung air ketuban mulai pecah, sehingga air ketuban keluar melalui vagina.

Tahap Bukaan 5

Pada bukaan lima, posisi janin biasanya melintang dari pinggul menuju rongga panggul, sehingga menyebabkan calon ibu mengalami rasa dii bagian pinggang belakang.

Tahap Bukaan 6

Ibu Hamil mengalami kontraksi antara tiga hingga lima menit sekali.

Tahap Bukaan 7

Pada bukaan Ke tujuh, posisi kepala bayi sudah ada di bibir rahim.

Tahap Bukaan 8

Proses Pesalinan Tahap delapan Ibu hamil akan mengalami tekanan di bawah punggung, sebab posisi kepala bayi sudah semakin keluar di bibir rahim.

Tahap Bukaan 9

Pada Bukaan sembilan, kepala bayi sudah mulai kelihatan, di saat tahapan bukaan inilah Ibu mengalami rasa sakit persalinan yang paling tinggi.

Tahap Bukaan 10

Tekanan pada otot panggul memicu Ibu dalam proses persalinan untuk mengejan. Lakukan mengejan sesuai dengan petunjuk tenaga medis yang membantu proses persalinan. Karena apabila anda salah mengejan, sangat berisiko melukai jalan lahir anda. Dan setelah beberapa kali mengejan, buah hati anda telah sempurna dating ke dunia.

Ringkasan:

Tahap Bukaan Jalan Lahir adalah Satuan Lebar jalan lahir saat proses persalinan dengan angka 1 sampai 10,

Pada Tahap Bukaan 9 Bayi sudah mulai terlihat, dan dengan beberapa kali mengejan bayi anda telah terlahir.

  
#sue
#sebuahperkongsian

Mengenal Darah Nifas

image

Apa yang dimaksudkan darah nifas?

Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.

Adakah darah yang keluar sebelum lahirnya anak juga dikira darah nifas?

Sepakat para ulamak menyatakan bahawa darah yang keluar dari kemaluan wanita sebaik sahaja selepas melahirkan anak adalah darah nifas. Namun mereka berikhtilaf berkenaan darah yang keluar bersama dengan bayi atau sebelum kelahiran bayi; adakah termasuk darah nifas atau tidak?

  1. Bagi pandangan mazhab Syafi’ie;

Darah nifas ialah darah yang keluar selepas lahirnya bayi sepenuhnya. Oleh demikian, darah yang keluar bersama bayi atau sebelumnya bukan darah nifas. Ia sama ada darah haid (jika ia sedang haid kerana mazhab Syafi’ie berpandangan harus wanita hamil kedatangan haid) atau darah fasad jika bukan haid.

  1. Di sisi mazhab Imam Ahmad;

darah yang keluar dua hari atau tiga hari sebelum melahirkan anak yang disertai dengan rasa sakit, begitu juga darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi adalah dikira darah nifas sama seperti darah yang keluar selepasnya.

  1. Mengikut mazhab Imam Malik pula;

Darah nifas ialah darah yang keluar ketika bersalin dan selepasnya. Adapun darah yang keluar sebelum bersalin, maka ia bukan darah nifas tetapi darah haid di sisi mereka.

Berapa lamakah tempoh paling pendek bagi darah nifas?

Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam masalah ini;

  1. Mengikut mazhab Syafi’ie; tempoh nifas paling pendek (selepas seorang wanita melahirkan anak) ialah ialah seketika atau sedetik (لحظة).
  2. Para fuqahak yang lain berpendapat; tidak ada had bagi tempoh minima nifas kerana tidak terdapat nas Syarak menentukannya.

Adalah tidak mustahil seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah nifas sedikitpun. Terdapat riwayat menceritakan seorang wanita pada zaman Nabi s.a.w. melahirkan anak tanpa keluar darah nifas, lalu ia dipanggil dengan nama Zatil-Jufuf iaitu wanita yang kering.

image

Berapa lamakah tempoh paling panjang bagi darah nifas?

Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas.

  1. Sekiranya seseorang wanita itu mengalami nifas dalam tempoh 40 hari, maka itu adalah darah nifas. Namun jika darah masih keluar selepas tempoh 40 hari, maka itu bukan lagi darah nifas sebaliknya itu dikira istihadah dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan solat seperti biasa.
  • Al-Ja’fariyyah pula berpendapat tempoh nifas yang paling lama ialah 10 hari.

  • Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.

  • Jumhur ulamak –merangkumi ulamak-ulamak sahabat, mazhab Imam Ahmad, Abu Hanifah, as-Sauri dan sebagainya- berpandangan; tempoh nifas yang paling panjang ialah 40 hari. Pandangan ini berdalilkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita bersalin pada zaman Nabi s.a.w. menunggu (selepas bersalin) hingga 40 hari” (HR Imam at-Tirmizi).

  • Berdasarkan pandangan jumhur ini; wanita bersalin jika ia mendapati darah masih keluar dari kemaluannya walaupun selepas 40 hari, maka darah yang keluar selepas 40 hari itu bukan lagi darah nifas, akan tetapi darah penyakit (istihadhah). Oleh itu, selepas 40 hari itu hendaklah ia mandi wajib dan menunaikan solat walaupun darah masih keluar. Keadaannya sama seperti wanita yang istihadhah dan tertakluk dengan hukum-hakamnya sebagaimana yang akan diterangkan nanti.

    Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)

    Bagaimana jika kelahiran melalui pembedahan?

    Wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan, jika keluar darah melalui farajnya selepas pembedahan itu, darah itu adalah darah nifas. Jika tidak ada darah yang keluar, tidak ada nifas baginya dan ia dikira suci. Kesimpulannya, sama ada seorang wanita itu bernifas atau tidak bergantung kepada keluar atau tidak darah dari farajnya selepas melahirkan anak, bukan bergantung kepada cara melahirkan iaitu melalui jalan biasa atau dengan pembedahan. Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

    image

    Bagaimana dengan suci antara hari-hari nifas? Adakah masih dianggap dalam nifas atau dianggap dalam suci?

    Seorang wanita selepas bersalin melihat darah keluar dari farajnya lima hari, kemudian ia mendapati empat hari berikutnya darah berhenti, kemudian datang semula selepas itu selama lima hari; apa kedudukannya pada hari-hari ketiadaan darah itu, adakah ia suci atau masih dianggap bernifas?
    Jawapannya; menurut pendapat ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; jika tempoh berhenti darah itu l5 hari atau lebih, maka ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Darah yang keluar selepas itu dikira darah haid. Adapun jika kurang dari 15 hari, maka ia masih dianggap berada dalam nifas mengikut pandangan yang rajih dalam mazhab. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita itu dianggap tidak bernifas.
    Bagaimana dengan wanita yang melahirkan bayi kembar?
    Bagi wanita yang melahirkan anak kembar, menurut mazhab Syafi’ie; nifasnya dikira selepas kelahiran bayi kedua. Adapun darah yang keluar selepas kelahiran bayi pertama ia tidak dianggap darah nifas, tetapi darah haid jika berbetulan dengan kebiasaan haidnya atau dikira darah fasad/illah jika tidak berbetulan dengan kebiasaan haidnya.

    Bagaimana dengan wanita yang keguguran anak? Adakah darah yang keluar selepas gugur itu dikira darah nifas?

    Persoalan ini menjadi perbahasan di antara ulamak;

    1. Mazhab Syafi’ie berpandangan; tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan bidan mengesahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.
    2. Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat ‘alaqah atau mudghah, maka tidak dikira nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

    Bagaimana pula dengan darah sebelum kelahiran?

    Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)

    image

    Keadaan Darah Nifas

    1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
  • Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).

  • Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.

  • Apakah hukum wanita yang berada dalam nifas?

    Telah disepakati oleh sekelian ulamak (yakni telah berlaku ijmak) bahawa wanita yang menghadapi nifas hukumnya menyamai wanita yang haid. Oleh itu, dilarang/diharamkan ke atasnya perkara-perkara yang dilarang/diharamkan ke atas wanita yang kedatangan haid. Dan ia wajib mandi apabila kering darah nifasnya untuk membolehkannya melakukan solat, berjimak dengan suaminya dan sebagainya lagi dari perkara-perkara yang tidak harus ia lakukan melainkan setelah mandi wajib.

    Bagaimana bersalin kemudian tiada darah yang keluar?

    Jika tiada darah keluar, masih mewajibkan mandi yang itu dinamakan mandi wiladah (selepas bersalin).

    Apa perbezaan antara darah haid, istihadhah, dan darah nifas?

    Jawab:

    Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa’dirahimahullahu menjawabsecara panjang lebar yang kami ringkaskan sebagai berikut, “Tiga macam darah yang ditanyakan keluar dari satu jalan. Namun namanya berbeda, begitu pula hukum-hukumnya, karena perbedaan sebab keluarnya.

    Adapun darah nifas sebabnya jelas, iaitu darah yang keluar dari seorang wanita keranana melahirkan anak. Darah nifas ini merupakan sisa darah yang tertahan di dalam rahim sewaktu hamil. Bila seorang wanita telah melahirkan kandungannya, darah itu pun keluar sedikit demi sedikit. Bisa jadi waktu keluarnya lama/panjang, dan terkadang singkat. Tidak ada batasan minimal waktu nifas ini. Adapun waktu maksimalnya menurut mazhab Hambali adalah 40 hari, dan bila lebih dari 40 hari darah masih keluar sementara tidak bertepatan dengan kebiasaan datangnya waktu haid maka darah tersebut adalah darah istihadhah.

    Namun menurut pendapat yang shahih, tidak ada pula batasan waktu maksimal dari nifas ini.
    Darah yang keluar bukan kerana melahirkan adalah darah haid sebagai suatu ketetapan dan sunnatullah atas seorang wanita.

    Di mana bila si wanita sudah dapat hamil dan melahirkan maka secara umum akan datang kepadanya haid di waktu-waktu tertentu, sesuai dengan keadaan dan kebiasaan si wanita. Bila seorang wanita hamil umumnya ia tidak mengalami haid, kerana janin yang dikandungnya beroleh sari-sari makanan dengan darah yang tertahan tersebut.

    Keluarnya darah haid menunjukkan sihat dan normalnya si wanita. Sebaliknya tidak keluarnya darah haid menunjukkan ketidaksehatan dan ketidaknormalan seorang wanita. Makna ini disepakati oleh ahli ilmi syar’i dan ilmu kedoktoran, bahkan dimaklumi oleh pengetahuan dan kebiasaan manusia. Pengalaman mereka menunjukkan akan hal tersebut. Karena itulah ketika memberikan definisi haid, ulama berkata bahawa haid adalah darah alami yang keluar dari seorang wanita pada waktu-waktu yang dimaklumi.

    Menurut pendapat yang shahih, tidak ada batasan umur minimum seorang wanita mendapatkan haid. Begitu pula batasan waktu minimum lamanya haid, sebagaimana tidak ada batasan maksimanya. Tidak ada pula batasan miniuml masa suci di antara dua haid. Bahkan yang disebut haid adalah adanya darah, dan yang disebut suci adalah tidak adanya darah. Walaupun waktunya bertambah atau berkurang, mundur ataupun maju, berdasarkan zahir nash-nash syar’i yang ada, dan zahir dari amalan kaum muslimin. Juga karena tidak melapangkan bagi wanita untuk mengamalkan selain pendapat ini.

    Adapun istihadhah adalah darah yang keluar dari seorang wanita di luar kebiasaan dan kewajaran, karena sakit atau semisalnya.

    Bila seorang wanita terus menerus keluar darah dari kemaluannya, tanpa berhenti, maka untuk mengetahui apakah darah tersebut darah haid ataukah darah istihadhah boleh dengan tiga cara berikut ini secara berurutan.

    (1)   Apabila sebelum mengalami hal tersebut ia memiliki kebiasaan (‘adah) haid maka ia kembali pada kebiasaannya (‘adah-nya). Ia teranggap haid di waktu-waktu ‘adah tersebut, adapun selebihnya berarti istihadhah. Selesai masa ‘adah-nya ia mandi dan boleh melakukan ibadah puasa dan shalat (walau darahnya terus keluar karena wanita istihadhah pada umumnya sama hukumnya dengan wanita yang suci, pent.)

    (2)   Bila ternyata si wanita tidak memiliki ‘adah dan darahnya bisa dibedakan, di sebagian waktu darahnya pekat/kental dan di waktu lain tipis/encer, atau di sebagian waktu darahnya berwarna hitam, di waktu lain merah, atau di sebagian waktu darahnya berbau busuk/tidak sedap dan di waktu lain tidak busuk, maka darah yang pekat/kental, berwarna hitam, dan berbau busuk itu adalah darah haid. Yang selainnya adalah darah istihadhah.

    (3)   Apabila si wanita tidak memiliki ‘adah dan tidak dapat membedakan darah yang keluar dari kemaluannya, maka di setiap bulannya (di masa-masa keluarnya darah) ia berhaid selama enam atau tujuh hari karena adanya hadits-hadits yang tsabit dalam hal ini. Kemudian ia mandi setelah selesai enam atau tujuh hari tersebut walaupun darahnya masih terus keluar. Sedapat mungkin ia menyumpal tempat keluarnya darah (bila darah terus mengalir) dan berwudhu setiap kali ingin menunaikan shalat.”

    Nota Hujung;

    Para ulamak mazhab Syafi’ie memperincikan syarat darah nifas dengan penjelasan; hendaklah darah itu keluar selepas kosong rahim sepenuhnya dari bayi (yakni bayi telah keluar sepenuhnya dari rahim). Jika sebahagian sahaja badan bayi yang telah keluar dan masih tinggal sebahagian lagi yang belum keluar walaupun sedikit, maka darah yang keluar belum lagi dianggap darah nifas. Disyaratkan juga, darah itu keluar sebaik sahaja selepas kelahiran iaitu dalam tempoh lima belas hari. Adapun selepas 15 hari atau lebih baru darah keluar (yakni sebelum itu darah tidak keluar walaupun setitik), maka darah yang keluar itu tidak dianggap darah nifas. Ia dianggap darah haid.

    Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.. ^_^

    #suzy
    #sebuahperkongsian

    Boleh Ke Bersama Suami Ketika Hamil?

    boleh ke “bersama” suami ketika mengandung…
    sbb saya bru pregnnt utk ank 1st ni…hrp yg thu bley jeladkn..sekadar nk tahu samada ade effect atau x.

    1) Blh 2 blh sis tapi kalu blh bt masa sekarang xpayah lg..kandungan 3 bulan ke atas baru blg sbb kalu mengandung baru2 lg tkt kandungan xkuat..

    2) Bole je..tp jgn agresif sgt lerrr…

    3) Boleh tapi jgn ganas sgt..
    Lepas bsama basuh betul2 vagina.. Jgn ada sisa air mani somi..

    4) Dlm mse 20 mggu bersamaan 5 bulan awk kurgkn bersme suami hrheheh…sbb sy pn ank frst…doc sllu nsihat..da lepas dr 20 mggu…nk bersme sllu pn lg bgos hehehehe…lg2 arini mlm jumaat

    5) Boleh mmg boleh.. tapi kekuatan rahim kite ni x same sis.. better jgn dulu rasenye.. dh 3 bulan kandungan baru ok.. tu pun jgn ganas2..

    6) ikut pada sis msing2…cm sya awl ka akhir nk bersalin bley je bersama suami x de msalah pape pun cuma pas bersama cuci bersih spya x sng kna keputihan

    7) Stengah org rahim x kuat. Stengah org, dr awl pn xda mslh nk bsama. Dkt2 nk bsalin, doc pn galakkan bersama suami sekerap mungkin utk mudah bsalin.

    8) Ikut daripada pengalaman saya… malam saya bersama suami..esok pagi bledding..dan nurse tanya bila awk kali terakhir bersama suami… nurse tanye… 2bulan 2minggu 2hari or semalam…saya jawap semalam…nurse cakap…awk hamil x leh selalu bersama….dan saya percaya kata nurse tu sebab nurse tu pun hamil juga…dan akhirnya saya keguguran…tapi alhamdulillah saya dah hamil.lagi dalam masa 2 or 3 bulan lepas gugur sekarang… trimester pertama lagi..dan lebih berhati2…kalau bersama jgn sampai air mani ke vagina sebab boleh mengecutkan rahim kita..so better di luar sahaja…. sejak gugur saya asyik google tentang keguguran dan kehamilan kembali…so berhati2 sis…saya harap doakan baby saya selamat…bye salam

    Sekadar perkongsian
    Sue

    Petua Baby Deman Kuning

    sy baru brsalin 6 hari.. baby sy ade jaundise/demam kuning.. asyik tidur & tak nak b/f.. setiap hari bacaan makin tinggi.. tolong bagi petua untuk hilangkan demam kuning baby sy..

    1) Cara kjut byi..picit ibu jari kaki sebut nma die..cm na pun kjut jgk bg bf…klu ikut bby mmg x trun kuning..sdu ibu pling bagus..sy ank kuning 14 setiap 1-2 jam sy kjut bby wpun sy kna bjga mlm untk pstikn stiap 2jm bby bolh bf…hri ke 3 bby trun kuning ke bcaan 8..ank sy 2.2kg je 32w…

    2) Baby kuning mmg asek tdo je… Kne bykkn bf… Biasenye bile tli pusat dh tggl bru kuning akan turun…

    3) Petua dr nurse, bagi minum jus anggur hitam.. ambik 3biji anggur hitam picit2 bagi keluar air,pastu suap pada baby guna camca.. baby kuning biar dia banyak berak baru kuning dia hilang.. selain tu boleh jgk bagi susu kambing.. sy aritu bagi 2kali je susu kambing kuning baby dah hilang.. kalau susah nak cari yg fresh, boleh beli kt farmasi jenama karihome.. sy pun bagi karihome je.. alhamdulillah.. baca arahan dia pada tin..

    4) Sapu dahi baby dgn aloevera..in shaa Allah berkesan

    5) Sy bgi juse apple hijau…buat sndri…hri k 18..bru dpt 7.2….penat kjap2 p klink n hosptl….

    6) Bagi bby susu 2 jam sx…kdg bby ni mmg xminta tp bg je… sy wat cmtu trus trun…sbb baby salu tidur tu jd makin tgi..sbb baby jd cm lemah..kne bg aktif salu..berjaga..n lg 1 mandikan dgn air daun semambu kalu xsilap…wat tiap pagi..

    7) Kejut pastu kerapkan bf n bg susu formula gak.. Bila kerap menyusu, baby akn poo poo bnyk… Nnti kuning tu akn kuar melalui poo poo la.. Jgn bg pape air yg x sesuai tuk baby.. Awk yg kena mnm susu kambing n makan anggur hitam.. Bila baby bf, khasiatnye akn dpt ke baby..

    8) Sy dlu pakai bgnkn dia skit lepas tu bg susu mengunakan seringe.. bila dia rasa susu masuk mulut dia start minum.. mmg kena rajin bgnkn bby..

    Sy just bg susu badan dgn jemur matahari pagi.. alhamdulillah 2minggu bacaan trun 145 dr 270

    9) Cuba petua ni,
    Setiap pg waktu dhuha anggran jam 8pg-11pg. Jemurkan baby anda,biasa sy uat 1jam je ckup.
    BF setiap 1jam,klau kuning bby tggi.
    Ttp, ad nurse yg cdgkn bg susu formula. Ad yg cdgkn anggur hitam.. Ank sy mkn prahan aggur hitam, mlm mragam trok..perut kembung xtahan dgn dia.. susu formula sy xbg,sbb sy nk ank trus dpt susu bF..
    Ttp, sy mgguna kaedah Homepati..alhamdulillah mmg bkesan.. kuning baby trun mdadak, ubat tu kita pecahkn n bg bby mkn..

    Sue