Facebook Page Cara Perkongsian Ibu Hamil

Salam semua mommies…

Sudah lama tak menulis kadang2 membawa sue terpinga2 nak tulis apa bukan?  Semua orang mesti ada ceritanya tentang perjalanan hidup.

Fokus pada tajuk coretan hari ini, sue nak kongsikan pengalaman sue membawa page ibu hamil, menyusu dan berpantang dari bawah kepada 23K likes dan saban hari jumlah itu meningkat.

Nak kata susah tak de susah sgt tetapi memikat orang, kita hendaklah istiqimah dengan apa yang kita buat. Keep sharing ilmu yang berguna. Mula2 dulu, sue pun rasa bosan jika sue sorang2 je yang post dan xde orang baca.

Mesti bosan kalau macam itu bukan?

Lama2 kita makin selesa dengan apa yang kita buat. Makin lama makin ramai likers. Setiap kali kita postkan, ada yang komen dan likes, itu yang membakar semangat kita untuk sue teruskan sharing ilmu.

Keep moving mommies.

Many thanks
Sue

Image

Travel To Pantai Batu Hitam

Salam semua…

Untuk kali ini adalah untuk traveler. Yang suka pergi jalan2 melihat dan memperlajari budaya orang lain. Seronok sebenarnya pergi jalan2 tetapi off course makan duit ckit. Its normal la kan…

Pantai Batu Hitam

Mahukan view Pantai Batu hitam? Sue masih belajar macam mana nak ambik 180 degree picture untuk snap. Tetapi lihat picture dibawah ini. Cantik tak?

DSC_0236

Pantai Batu hitam amat menarik!

 

Apa yang specialnya disini?

Untuk family, boleh mandi2 dan ada gerai2 makan yang jual makanan seperti keropok dan sebagainya.

Totally relaxing.

Ada juga yang dapat disiniĀ  sebabnya nak memancing pantai. Ada juga yang ke sini untuk mengutip kerang. Masak Lemak cilipadi. Mak aik…

DSC_0202

Untuk masak lemak!

 

 

DSC_0201

Kenapa ia dipanggil Pantai Batu Hitam? Ini adalah jawapannya…

 

Suggestion:

Sue boleh ratekan pantai ini sebagai B+.

Ianya cantik tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Sue nilainya dari segi kecantikkan dan kemudahan.

 

 

Special Picture

C360_2014-05-10-19-00-44-237

Sue punya family!

 

well.mungkin picture yang sue snap masih tak banyak. Ulasan pun tak bannyak. Tapi tak pe, ini adalah permulaan. Lepas ini sue update lagi.hihi….

 

Sue

The traveler

Anak Kita Kasih Sayang Kita

Salam semua mommies….

Wanita adalah ibu dan penjaga kepada anak. Sudah tentu kesakitan melahirkan anak begitu dirasakan. Disebabkan itulah, kasih sayang ibu terhadap anak tidak boleh dinafikan. Siapa yang berani lawan kasih sayang ibu?

Mungkin orang cakap, ibu itu ini…tetapi hakikatnya ibu tetap SAYANGKAN anaknya.

TETAPI

IBU BENARKAN ORANG HISAP ROKOK DIHADAPAN ANAK

Sudah tentu kalau kita perasan, ramai aje kan yang hisap rokok depan anak. Bahaya itu no 1 la… Tetapi macam tak senonoh je. Ibu pula yang benarkan anak hidu asap beracun. Wekk…

BAWA ANAK KECIL JALAN2 TENGAH PANAS

Satu lagi sue perhatikan ialah kebanyakkan ibu muda suka pergi jalan2. Okay, sue tak de masalah tetapi kalau dah tengah panas, tak kecian ke kalau anak kena deman nanti. Kalau nak pergi shopping, bawatlah dan pergilah shopping complex yang ber aircond.

Mungkin ada lagi yang lain2. Tetapi sue rasa sue banyak jumpa yang macam ini la. Sue cuma lontarkan idea sahaja. Jangan terasa dengan pendapat sue nye.

Salam kasih sayang,
Sue