Cabaran Dalam Penyusuan

Penyusuan berkesan adalah kombinasi kesabaran, teknik yang bagus dan ketekunan. Kali ini, kami bincangkan beberapa cabaran yang biasa dihadapi oleh para ibu ketika menyusukan dan cadangan penyelesaiannya.

Langkah awal
Hampir semua cabaran penyusuan mempunyai punca dan penyelesaian yang sama. Sebelum menelitinya, perhatikan perkara berikut bagi mengelakkan cabaran-cabaran tersebut:
1. Dapatkan nasihat cara dan posisi penyusuan yang betul
2. Elakkan pakaian ketat dan baju dalam berwayar
3. Elakkan penggunaan sabun
4. Pastikan menyusu mengikut jadual tanpa terlepas
5. Susukan bayi dengan lebih kerap dan selama mungkin
6. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara setiap kali
7. Pastikan puting susu kering selepas menyusu
8. Gunakan pad payudara tanpa plastik bagi membolehkan aliran udara dan tukar dengan kerap
9. Pakai pakaian dalam daripada kapas
10. Rehat secukupnya
11. Minum air dengan banyak – 10 gelas sehari
12. Makan makanan seimbang
13. Panaskan payudara sebelum menyusu dengan kain panas atau mandian air panas
14. Sapukan susu ibu pada puting susu untuk melembutkannya dan mengelakkan jangkitan kerana susu ibu mempunyai antibiotik. Lakukan sebelum dan selepas penyusuan.

Bayi tidak mahu atau sukar menyusu
Adakalanya bayi tidak selesa dan resah menyebabkan dia tidak dapat menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh kedudukan bayi serta mulut dan puting susu yang tidak melekat dengan betul. Dapatkan nasihat penyusuan daripada pakar.

Puting susu terasa sakit
Kebiasaannya, menyusu tidak menyebabkan kesakitan. Jika terasa sakit, ceraikan puting susu daripada mulut bayi dengan memasukkan jari di tepi mulut bayi dan mulakan penyusuan semula. Jangan biarkan bayi terus menyusu sedang anda menahan sakit. Perhatikan perkara berikut:
• Pastikan bayi anda tidak menggigit puting susu.
• Sapukan lanolin selepas menyusu
• Bertukar-tukar kedudukan ketika menyusukan

Puting susu merekah
Bagi puting susu yang merekah, sapukan lapisan nipis paraffin putih yang lembut atau lanolin yang ditapis. Sapukan bahan ini pada rekahan sahaja (bukan keseluruhan puting susu) untuk membantu pemulihan dan mengelakkannya berkuping.

Saluran susu tersumbat dan mastitis
Bekalan susu berlebihan boleh terkumpul dalam payudara atas beberapa sebab. Tempat terkumpulnya susu inilah yang biasanya menyakitkan. Lakukan pemeriksaan jika anda merasakan sedang mengalami perkara ini kerana jika dibiarkan ia boleh menyebabkan jangkitan atau radang payudara (mastitis). Beberapa tanda-tanda mastitis termasuk:
• payudara terasa panas dan membengkak
• tompokan merah pada kulit yang keras dan sakit bila disentuh
• terasa tidak sihat umpama ketika menghidap selsema
• badan terasa sakit-sakit dan penat
• suhu badan meningkat
• nanah atau darah pada susu

Keadaan di atas boleh berlaku secara tiba-tiba dan menjadi teruk dengan cepat. Sangat penting untuk teruskan penyusuan kerana ia mempercepatkan pemulihan. Lakukan juga perkara berikut:
• Susukan bayi pada payudara yang bengkak dahulu
• Jika terasa ‘penuh’ selepas menyusu, keluarkan susu secara manual
• Ketika menyusu, urut bahagian yang bengkak ke arah puting susu
• Jika dibenarkan, ambil ubat tahan sakit
• Elakkan tidur meniarap

Mastitis mungkin juga tanda jangkitan. Jika tiada perubahan selepas 12 hingga 24 jam dan anda rasakan keadaan menjadi semakin teruk, hubungi doktor. Jika perlu, mereka akan berikan antibiotik yang boleh diambil ketika menyusu.

Thrush
Jika anda secara tiba-tiba mendapati puting susu sakit dan kemerah-merahan selepas menyusukan tanpa apa-apa masalah sebelumnya, anda mungkin terkena jangkitan kulat (thrush). Anda dan bayi perlukan rawatan. Lakukan juga perkara berikut:
• Apa sahaja yang dimasukkan ke mulut bayi harus dididihkan 20 minit setiap hari
• Tukar puting botol susu setiap minggu
• Cuci tangan bayi dengan kerap jika bayi suka menghisap jari
• Didihkan susu ibu yang dipam dan dibekukan semasa jangkitan berlaku bagi mematikan yis
• Pastikan payudara sentiasa kering dan dedahkan kepada udara seberapa lama yang mungkin
• Gunakan baju dalam pakai buang
• Apabila mencuci pad payudara, baju dalam atau lampin, gunakan air sabun yang panas. Pastikan semuanya benar-benar kering dengan cahaya matahari terik atau mesin pengering yang panas.
• Semasa jangkitan, gunakan tuala kertas untuk mengeringkan tangan dan gunakan tuala mandi hanya sekali sebelum dibasuh.

Puting susu rata atau pipih
Bayi menyusu dari bahagian areola, maka puting susu yang rata atau pipih bukan alasan tidak menyusukan. Mungkin ia sedikit sukar pada awalnya. Perhatikan perkara berikut:
• Mengeluarkan susu dengan pam dapat membantu membentuk puting susu
• Menarik atau memutar puting susu menyebabkan trauma pada puting

Payudara membengkak
Payudara akan membesar selepas melahirkan disebabkan proses penghasilan susu. Namun, jika ianya keras, bengkak, berdenyut-denyut, berketul-ketul, ‘penuh’ yang tidak selesa serta sakit, bekemungkinan anda mengadapi bengkakkan payudara. Ia mengakibatkan puting susu menjadi rata dan keras serta menyukarkan penyusuan. Ambil langkah berikut:
• Jika bengkak keterlaluan, tekapkan beg ais bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan
• Urutkan payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu
• Keluarkan susu diantara waktu menyusu secara manual
• Jika anda bekerja, pam susu seperti jadual susuan, sekurang-kurang setiap 4 jam.

Bekalan susu yang berkurangan
Bekalan susu bergantung kepada bayi anda. Susu baru akan dihasilkan selepas setiap penyusuan sebagai tindak balas daripada sedutan bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu dihasilkan. Tidak perlu susu formula untuk menampung keperluan bayi.

Apa Mahu Buat Bayi Tersedak Susu

Salah satu penyebab tersedak pada bayi yaitu air susu. Bukan air susunya yang menyebabkan bayi tersedak namun cara memberi asi yang tidak benar sehingga bayi bisa tersedak. Tersedak terjadi bila terdapat benda asing termasuk cairan yang masuk menghalangi dan menghambat saluran pernafasan. tersedak biasanya terjadi pada bayi berusia kurang dari 6 bulan, karena reflex menelan pada bayi usia kurang dari 6 bulan masih belum sempurna. Reaksi awal pada bayi yang tersedak adalah batuk-batuk dan muntah dan yang paling berbahaya bila cairan keluar melalui hidung, karena bayi akan tersedak terus-menerus.

Penyebab bayi tersedakcara menyusui yang benar agar bayi tidak tersedak

  • Salah posisi saat menyusui bayi. Banyak para ibu menyusui bayi sambil tiduran, nah hal ini lah yang tidak benar dilakukan oleh kaum ibu saat memberi asi pada bayi. Posisi yang bagus yaitu bayi dalam posisi tegak atau setengah duduk (450), caranya ibu dalam posisi duduk dan bayi digendong sehingga posisi bayi dibuat agak tinggi, bisa memakai bantal di bawak kepala bayi.
  • Bayi tidak disendawakan setelah menetek. Seringkali kaum ibu mengenggap sepele mengenai sendawa ini, padahal pada bayi sendawa sangat penting untuk membantu air susu cepat turun ke lambung. Walaupun bayi tidak langsung sendawa sebaiknya bila setelah menyusui, tubuh bayi ditegakkan menghadap bahu ibu, lalu tepukkan punggung bayi dengan lembut.
  • Produksi ASI yang berlebih. Bila anda merasa produksi ASI banyak, sebelum menyusui ada baiknya menampung atau membuang sebagian asi supaya tidak terlalu banyak saat bayi mulai menetek.
  • Terlalu sering member ASI. Biasakan memberi ASI 2 jam sekali, supaya ASI sebelumnya diserap dulu oleh tubuh, bila terlalu sering bayi akan kekenyangan dan beresiko terjadi muntah.

Bila bayi tersedak apa yang harus dilakukan?

pertolongan pertama pada bayi yang tersedakPertolongan pertama pada bayi yang tersedak:

  • Letakan bayi dalam posisi telungkup di lengan dengan kepala bayi lebih rendah
  • Sangga bagian dada bayi oleh tangan dan tepuk punggung bayi secara perlahan.

Bila anda merasa cemas, segera bawa bayi ke dokter, karena bayi yang sering tersedak dan tanpa perhatian khusus dapat menyebabkan sakit serius yang berhubungan dengan paru-paru, telinga dan hidung. Gangguan ini timbul setelah beberapa hari bayi tersedak, biasanya diawali dengan batuk-batuk, badan bayi mulai panas, sesak napas dan napas bayi berbunyi.

Tambah Susu Dengan Cara Power Pumping

image

Untuk menyusukan anak sehingga 2tahun atau lebih bukanlah perkara yang mudah.

Saya sendiri mengalaminya dan ada saya kongsikan cerita bagaimana saya melalui fasa menyusukan anak saya di “My Breastfeeding Journey”.

Bagi ibu-ibu yang bekerja, persediaan sebelum memulakan kerja adalah amat-amat penting bagi ibu yang ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu sepenuhnya.

Antara perkara yang utama perlu ada ialah pam menyusu. Mencari Pam Susu yang sesuai untuk ibu-ibu adalah amat penting selain faktor kemampuan.

Ketahui Teknik power pumping dengan pam manual

Kenapa perlu melakukan Power Pumping??

Mungkin ini adalah perkara baru bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan tidak ada langsung ilmu tentang penyusuan. Kebiasaanya berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama.

Untuk pengetahuan semua, adakalanya ibu akan mengalami situasi di mana pengeluaran susu menurun akibat masalah tertentu. Tetapi tidak perlu bimbang kerana ada cara untuk untuk anda usahakan bagi merangsang pengeluaran seperti biasa.

Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh anda aplikasikan dalam membantu diri untuk memperbanyakkan kembali susu ibu ketika sedang bergelut didalam episod susu ibu mula berkurangan.
Salah satu kaedahnya ialah power pumping.

Teknik ini melibatkan rutin mengepam seperti biasa yang anda lakukan setiap hari. Namun, ia dijalankan dalam cara yang lebih unik berbanding biasa. Idea asal kaedah ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Bila waktu yang sesuai melakukan Power Pumping?

Dalam usaha menambah kuantiti susu perahan yang mahu disimpan untuk kegunaan bayi sepanjang bekerja, anda digalakkan untuk melakukan teknik power pumping sekerap yang boleh. Sekali dalam sehari sudah memadai.

Jika mempunyai banyak masa terluang anda boleh melakukannya lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam. Waktu yang paling sesuai untuk melakukan power pumping ialah pada waktu tengah malam kerana pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu itu.

Walaupun begitu, tidak kiralah ia dilakukan pada waktu siang atau malam, apa yang penting anda selesa dan dapat melakukannya dalam keadaan yang tenang.

Bagaimana teknik power pumping dilakukan?

Pam tunggal (Manual)

Pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10minit.

Kemudian beralih kepada payudara kiri pula dalam tempoh yang sama iaitu 10minit.

Tukar semula ke payudara kanan selama 10minit dan seterusnya ke payudara kiri selama 10minit.

Lakukan secara berterusan selama 1jam.

Pam Berganda (Double)

Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10minit.

Kemudian rehat selama 10minit dan sambung semula mengepam untuk 10minit lagi.

Setelah itu rehat 10minit dan pam lagi selama 10minit sehingga cukup tempoh untuk 1jam.

Ketahui teknik power pumping dengan pam berganda

Berapa lama perlu melakukan teknik power pumping?

Teknik ini memerlukan masa selama satu jam dan perlu dibuat selama 3-7 hari (bergantung kepada individu) sehingga dapat hasil yang diinginkan.

Dalam pada itu, perlu anda ingat bahawa walaupun pada peringkat awal susu yang diperolehi berkemungkinan hanya setitik dua tetapi jangan panik!!

Anda dinasihatkan untuk terus melakukannya. Lazimnya, kesan daripada amalan power pumping akan mula kelihatan dalam tempoh satu hingga ke dua minggu. Tidak dinafikan ramai yang tidak dapat bertahan untuk menerskan kaedah ini.

Pada pendapat mereka sesuatu yang leceh dan memakan masa yang lama. Bak kata pepatah “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Percayalah usaha yang diiringi kesungguhan dan kesabaran secara berterusan akan menjadi tonggak kejayaan yang tidak terbanding nilainya.

Apa yang pasti, anda akan berpuas hati dengan hasil yang bakal diperolehi kerana ia telah banyak membantu para ibu merangsang semula penghasilan susu ibu.

Untuk menyusukan dan membesarkan anak itu bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bagi mencapai kejayaan perlu ada pengorbanan..(wah macam pakar motivasi pulak..huhu) dan setiap pengorbanan itu akan dibayar dengan kemanisan.

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi 1001 manfaat kepada ibu-ibu semua.

4 Tips Penyusuan Sebelum Hamil

Di sini saya nak tekankan tips yang saya amalkan dari sebelum hamil:
1) Niat
Saya berniat untuk menyusukan anak kedua sehingga beliau berumur 2 tahun dari sebelum saya hamil dimana ketika itu anak pertama berumur 1 tahun 9 bulan.

2) Doa

Saya sentiasa berdoa dari sebelum saya hamil sehingga bersalin, berpantang dan semasa proses penyusuan dari anak berumur 1 hari sehingga anak berumur 2 tahun. Antara doa saya;
Doa sebelum HAMIL.
Ya Allah ya tuhanku, limpahkanlah rezeki susu untuk anak kedua nanti sehingga beliau berumur 2 tahun.
 3) Tekad
 
Saya juga tekad memberitahu pada suami untuk menyusukan anak kedua sepenuhnya dengan susu saya sendiri dengan izin Allah. Bila kita tekad, apa sahaja cabaran yang berlaku kita tetap akan teruskan apa yang kita hajatkan. Betul betul? Ketekadan ini lah yang membantu saya terus menjayakan penyusuan saya.
4) Tambah ilmu
 
Ini adalah masa yang sesuai untuk tambah ilmu penyusuan. Saya banyak mencari maklumat dari bagaimana nak pastikan susu sentiasa ada sebaik sahaja melahirkan, bagaimana cara menyimpan stok dari berpantang.
Dulu, saya gagal kerana saya tak mencari satu pun ilmu penyusuan. Ada juga cari tapi tak baca langsung. Rugi sangat masa tu. Jadi, selepas dari itu, saya gali ilmu ini sebanyak-banyaknya. Serta baca dari sekarang (ketika itu).
Kalau anda hendak berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun? Guna tips ni. Amalkan dari sekarang.

Tips Penyusuan Bagi Ibu Yang Bekerja

Sebenarnya sebagai seorang ibu/mak/ummi yang berkerjaya, memang susah untuk menjayakan impian kita memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak2 kita. Kita kena prepare dari segi mental, emosi serta tau apa yang kita bakal tempuhi apabila kita dah start kerja.. Adakah kita sanggup atau minat untuk pam susu setiap hari? selama 2 tahun? Persoalan yang hanya diri sendiri je mampu menjawab.

Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Untuk sekadar ringkasan, saya kongsikan 5 tips berikut:

1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya maklumat berkenaan ibu yang bekerja.

Sebelum apa2 pun, kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain di blog2, forum2 atau group2 mengenai kejayaan mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh membantu anda nanti. Teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan susu ibu merupakan antara ilmu2 yang amat perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu di encik Google.. nah… berderet result keluar… 🙂

2) Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.

Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan harga yang berbeza2. Pilihlah breast pump yang kita rasa selesa untuk guna. Hanya satu yang saya mintak tolong kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu memandangkan masa yang terhad… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok…

Lagipun, untuk pengetahuan semua, breast pump yang terbaik dan paling murah adalah tangan kita dengan menggunakan teknik Marmet.

Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu.

3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.

Mula untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. Susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, mulakan untuk mengajar anak kita untuk menyusu melalui botol secara berperingkat untuk mengelakkan anak kita dari enggan untuk menyusu melalui botol.

4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.

Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga.

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan dari kritikan2 luar. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat. Satu hari, saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri. Saya dapati saya boleh jimatkan banyak masa sebab saya pam sambil buat kerja.. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. 🙂 Yang penting tutup segalanya. Aurat tetap perlu dijaga.

5) Beritahu majikan anda

Bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, penggunaan elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dengan niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. 🙂 Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam.

6) Percaya “Saya boleh”..

Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. Katakanlah “Saya Boleh..” 

Perubahan Payudara Ketika Hamil

Mengapa payudara berasa sakit semasa hamil?
Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan payudara anda berasa sakit. hal ini kerana berlaku peningkatan aliran darah dan perubahan dalam tisu payudara. Keadaan itu mnyebabkan payudara berasa kebas, membengkak, menegang dan berasa sakit apabila disentuh. Sesetangah wanita menggambarkan keadaan itu menyamai kesakitan yang dialami beberapa hari sebelum kedatangan haid. Kesakitan pada payudara adalah salah satu tanda awal yang menunjukkan seseorang wanita itu hamil. Biasanya keadaan ini akan dialami pada minggu ke empat hingga ke enam dan ia akan berakhir pada trisemester pertama.

Apakah perubahan payudara yang mungkin dialami oleh wanita hamil?
Bermula dari minggu ke lapam, payudara mulai membengkak dan ia akan terus membesar sepanjang tempoh kehamilan anda. Payudara membesar adalah perkara biasa bagi wanita yang hamil anak sulung. Payudar wanita hamil akan berasa gatal dan ia mungkin disebabkan oleh ketegangan yang berlaku di sekitar kulit payudara. Tidak mustahil juga ia akan menyebabkan “strecth mark” pada bahagian berkeanaan.

Berkemungkinan juga anda dapat melihat urat darah pada kulit payudara,dan kemungkinan juga puting payudara menjadi lebih besar dan gelap. Selepas beberapa bulan, bahagian aerola pigmen-pigmen yang mengelilingi bahagian puting susu, akan menjadi lebih besar dan gelap.

Anda mungkin tidak sedar dengan kehadiran bintik-bintik pada aerola sebelum ini. Kini, bintik-bintik itu atau kelenjar minyak semakin jelas kelihatan. i juga dinamakan Montgomery’s tubecles yang mana perubahan ini akan membantu bakal ibu mempersiapkan diri untuk menyusukan bayinya nanti.

Sepanjang bulan ketiga kehamilan, payudara mulai menghasilkan kolostrum, susu istimewa yang bakal diterima oleh bayi pada hisapan kali pertamanya. Semasa bulan-bulan terakhir kehamilan, puting susu anda akan mengeluarkan cecair berwarna kekuningan. Sesetengah wanita hamil akan mengalami keadaan ini dengan lebih awal dan ada pula yang langsung tidak mengalaminya.

Apakah cara untuk mengurangkan sakit pada payudara?
Cara terbaik adalah dengan mendapatkan coli yang mempunyai daya sokongan yang baik. Cuba dapatkannya di kedai-kedai yang menjual baju dalam untuk wanita hamil. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada penjual untuk mendapatjan coli terbaik untuk anda. Anda mungkin mendapatkan coli tanpa dawai kurang selesa. Untuk mengelakkan keadaan ketidakselesaaan ini, cuba dapatkan coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan tidak menyebabkan puting payudara berasa tidak selesa.

Coli daripada kain kapas adalah lebih selesa berbanding jenis sintetik. Untuk sokongan yang baik sewaktu di hari-hari biasa, cubalah coli untuk wanita mengandung. Sepanjang trimester ketiga anda mungkin perlu melaburkan wang membeli coli untuk wanitahamil. Apatah lagi sewaktu menyusukan bayi, penggunaan coli sebegini memantu and dengan sebaik-baiknya. Bagi penggunaan coli di malam hari, cuba dapatkan coli wanita hamil untuk tidur malam, bahannya lebih lembut dan boleh didapati di kedai yang menjual perkakasan wanita hamil.

Adalah lebih baik untuk memakai coli yang menyokong payudara dengan ampuh dan sebaik-baiknya semasa anda melakukan senaman. Apatah lagi pada saat ini payudara lebih besar.

Coli yang direka khas untuk senaman biasanya menyediakan sokongan tambahan yang anda perlukan dan mengurangkan ketidakselesaan sewaktu bersenam. Sewaktu membeli coli juga perlu pastikan terdapat ruang tambahan di dalamnya. Apatah lagi, payudara mempunyai potensi untuk mengembang lagi. Semasa payudara mengembang, ukuran di dada

turut mengembang. Memilih coli yang besar sedikit membantu anda medapatkan keselesaan sewaktu payudara mulai mengembang. Sebaik-baiknya dapatkan coli untuk menyusu sebelum melahirkan bayi.

Peranan Suami Dalam Jayakan Penyusuan

1. Sokongan moral

Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa. Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.

2. Sokongan dari segi emosi

Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di siniah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.

3. Membantu hal rumah tangga

Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebgainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan.

4. Bersama berjaga malam

Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. Para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkn tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.

5. Sokongan kewangan

Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.

#sue