Cara Jaga Bayi Baru Lahir

image

1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan. Untuk memudahkan cara letak bayi dalam bekas mandi cetek, di mana bayi boleh dibaringkan.

2) Sebelum mandi, sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.

3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ‘alcohol swab’ yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain.

4) Tuam perut dan ari-arinya dengan tungku baby. Panaskan tungku baby dengan meletak di atas tungku ibu yang panas atau letak di atas belanga/seterika. Cara lain tuam menggunakan daun sirih yang telah dipanaskan. Ini penting untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak angin bayi untuk beri keselesaan kepadanya. Ini penting untuk mengelak perut bayi kemasukkan angin dan menyebabkan kembung.

6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa. Baju kain kapas adalah disarankan kerana pengudaraan adalah lebih baik dan tidak panas.

8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan kulit bayi melecet dan tumbuh ruam lampin.

9) Bayi yang baru lahir sehingga berusia sebulan lebih tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya.

Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya.

Namun jika cuaca panas, elakkan berbedung. Ini kerana boleh menyebabkan bayi demam dan tumbuh ruam panas.

11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.

12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena. Jangan biarkan bayi tidur lama, ini penting untuk mengelakkan jaundis.

Bayi memerlukan cecair untuk mengeluarkan bilirubin yang menyebabkan jaundis melalui air kencing dan najis. Tinggikan kepala bayi ketika menyusu bagi mengelakkan tersedak susu.

Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Namun adalah baik, jika puan terus menyusukan bayi selama 2 tahun.

13) Untuk Penjagaan Kulit Bayi yang sihat, para ibu disarankan menggunakan produk bayi organik, yang semulajadi tanpa kimia bahaya. Ini kerana kulit bayi yang nipis dan sensitive itu mudah mendapat allergi dan eczema.

Salam sayang
Sue

Normal Ke Susu Keluar Sebelum Kelahiran?

Sya nk tnya pd ibu2 yg dah  brpengalaman..kandungan sya dh 19w tp sya dh kluar susu bila sya picit payudara sya..adakah normal?

image

1) Normal lah tu. Sy kdg2 kuar sndri smpai basah baju. 18w

2) Normal tu….sy ms 16 minggu dah kuar susu….now dah 38 minggu dah…..tggu ms jer

3) Normal sis..sy pon y no 2 hritu ade susu awl..tye nurse dorg kte normal

4) Nomal…jgn picit selalu…just bersihkan puting jer

5) Normal tu sis..;)

Kesan Suntikan Cegah Hamil

image

SAYA berusia 30 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun. Sehingga kini saya belum mahu menambah bilangan anak. Oleh itu, saya mengambil suntikan mencegah kehamilan setiap tiga bulan sekali selama dua tahun.

Sebelum mengambil suntikan itu, saya hanya menggunakan cara azal.

  1. Adakah kekerapan sakit kepala yang saya alami selama dua tahun kebelakangan ini kesan daripada suntikan hormon itu? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil pencegah kehamilan dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan mabuk yang teruk.
  2. Sejak saya mengambil suntikan itu, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadangkala ada dan tidak. Masalahnya ialah, jika haid saya ada, ia akan keluar sehingga 15 hari atau kadangkala lebih. Darah itu pekat dan berwarna gelap dan kadangkala berwarna coklat serta berbau agak kuat dan saya sendiri berasa loya apabila menghidunya.

Darah haid saya akan berhenti keluar jika saya memakai tuala pelekat wanita. Contohnya, jika sehari saya memakai tuala itu, darah terus berhenti dan saya mandi wajib tetapi esoknya darah akan keluar semula kerana tidak lagi memakai tuala itu. Ia akan berlarutan sehingga kadangkala lebih dua minggu.

Oleh itu, sekarang saya hanya memakai seluar dalam yang berlapis-lapis untuk menampung darah itu. Untuk pengetahuan doktor, genap setahun mengambil suntikan itu, doktor saya memberhentikan satu kali suntikan (tiga bulan) kerana haid saya tidak berhenti selama sebulan.

  1. Jika saya berhenti mengambil suntikan itu, berapa lama masa dari tarikh pemberhentian itu kemungkinan yang saya akan hamil semula. Untuk pengetahuan doktor, ketika doktor saya memberhentikan suntikan selama tiga bulan, haid saya datang seperti biasa. Adakah perlu saya mengambil pil kesuburan selepas pemberhentian suntikan itu.

Nina Isa
Kuala Lumpur

JAWAPAN:

SESEORANG wanita digalakkan hamil pada umur yang muda (kurang daripada 35 tahun) untuk mengurangkan risiko ketika hamil dan juga risiko kecacatan janin, terutama kecacatan pada kromosom 21 yang akan mengakibatkan sindrom Down’s.

Oleh kerana anak puan sudah pun berumur lapan tahun, puan dinasihatkan supaya hamil jika masih inginkan anak lagi.

Penggunaan suntikan Depo Provera yang diambil setiap tiga bulan adalah salah satu cara untuk menjarakkan anak. Sakit kepala adalah salah satu kesan sampingan penggunaan suntikan Depo Provera.

Kesan sampingan lain adalah keletihan, murung, susah tidur, jerawat, loya, gemuk, sakit payu dara dan ketulan darah.

Bagi ibu yang sedang menyusu bayi, suntikan ini tidak memberi kesan pada kuantiti susu yang dikeluarkan.

Puan mungkin agak sensitif kepada kadar hormon yang tinggi dalam badan. Dengan itu, puan lebih senang mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala.

Begitu juga dengan pengambilan pil perancang yang boleh membuatkan puan mabuk seperti keadaan pada awal hamil. Kadar hormon dalam pil atau suntikan untuk mencegah kehamilan adalah lebih tinggi daripada dalam badan.

Tujuan ketinggian hormon ini adalah untuk menghalang pengeluaran ovum. Oleh itu, tiada benih wanita yang dapat disenyawakan.

Penggunaan hormon progestogen saja boleh menyebabkan pengaliran darah haid menjadi tidak menentu. Penggunaan ini boleh diambil secara makan, suntikan dalam otot, suntikan bawah kulit sebagai susuk dan hormon yang ada pada intra uterine device (IUD).

Dengan menggunakan mana-mana cara pun, permasalahan pengaliran darah haid yang tidak menentu seperti yang dialami puan atau lama pendarahannya tetapi tidak banyak yang keluar adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Adakalanya tiada langsung pendarahan haid berlaku ketika pengambilan hormon ini. Permasalahan haid yang tidak menentu ini tidak membawa kesan pada wanita tetapi ia menyusahkan sedikit terutama bagi wanita Islam.

Lazimnya selepas berhenti mengambil hormon ini, kebanyakan wanita akan menjadi subur kembali seperti sedia kala. Bagi mereka yang mempunyai permasalahan dengan kitaran haid sebelum menggunakannya, kesuburan akan berlaku pada masa yang lewat sedikit disebabkan oleh masalah yang dialami sebelumnya dan bukan disebabkan oleh hormon yang diambilnya.

7 Tips Tidurkan Anak Dengan Lena

image

Berikut dikongsikan tips menidurkan bayi agar dia mendapat tidur yang lebih baik dan berkualiti.

  1. Susukan bayi dengan tenang

Ini tips bayi tidur lena yang paling penting. Ketika bayi sudah menunjukkan tanda mahu tidur, suakan dia susu badan dan susukannya dengan tenang. Jika kita beria mahu tidurkannya dalam keadaan kelam kabut, dia mungkin tidak akan tidur atau tidur sebentar sahaja. Sambil menyusukan bayi, tepuklah dia dengan perlahan atau peluk dia erat. Waktu inilah anda mengeratkan ikatan (bonding) dengan bayi anda. Dia akan rasa selesa, dapat menyusu dengan tenang dan akhirnya tidur dengan lena.

  1. Sendawakan bayi

Pernahkan anda mengalami tika mana anak hanya tidur sebentar dan terbangun kemudian dia sendawa? Kadangkala sendawa beserta muntah susu. Dia mungkin tidak disendawakan selepas menyusu. Bayi tidak tahu sendawa sendiri. Pergerakannya yang terbatas, iaitu hanya baring dan mungkin duduk dengan bantuan, tidak memungkinkan bayi sendawa dengan sendiri. Dia memerlukan bantuan untuk sendawa. Jika tidak, tidurnya pasti tidak lena.

  1. Tepuk lembut atau dodoikan

Apabila bayi sudah lena, jangan terus tinggalkannya. Letakkan bayi di tempat tidurnya dan tepuk perlahan atau dodikannya supaya dia tidak terkejut kerana ditinggalkan.

  1. Bedung bayi

Salah satu sebab bayi tidur sekejap sahaja mungkin kerana dia mudah terkejut dan tidurnya terganggu. Bedunglah bayi anda supaya dia mendapat tidur yang berkualiti. Jika membedung bayi, elakkan memakaikan baju yang tebal. Cukuplak sekadar baju nipis dan member keselsaan kepada bayi. Bayi yang dibedung biasanya akan tidur lebih lama dari bayi yang tidak dibedung.

  1. Suasana tenang dan cahaya yang minima

Pastikan tempat tidur anak tidak terlalu bising untuknya. Ketika waktu malam pula, pastinya cahaya lampu yang malap sahaja supaya anak boleh tidur dengan lebih lena.

  1. Tidak terlalu panas atau terlalu sejuk

Pastikan suhu ketika anak tidur tidak terlalu panas atau sejuk. Pastikan juga pakaian yang dipakai oleh bayi adalah baju yang sesuai.

  1. Bezakan tempat tidur siang dan malam

Ini tips bayi tidur lena yang terakhir. Membezakan tempat tidur siang dan malam amat penting kerana biasanya anak akan mendapat tidur yang lebih lena pada waktu malam. Jika tempat tidurnya sama, maka anak tidak dapat membezakannya. Bertukar tempat tidur pada malam hari akan memberi isyarat bahawa waktu sudah bertukar.

Semoga tips bayi tidur lena ini dapat membantu ibu. Tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk tumbesaran bayi. Jika tidurnya terganggu anak tidak dapat membesar dengan baik. Selamat mengasuh!

Tips Untuk Kelahiran Mudah

Untuk ibu-ibu mengandung yang bakal melahirkan anak pastinya ia adalah saat-saat yang ditunggu oleh isteri dan suami. Ia adalah kenangan yang akan menjadi sejarah dan akan kekal dalam ingatan.

Oleh yang demikian, kesihatan ketika mengandung haruslah dijaga dengan baik. Berikut merupakan beberapa cara atau kaedah yang boleh dijadikan panduan agar dipermudahkan ketika melahirkan bayi adalah :

Memohon maaf kepada suami Minta maaf boleh mempermudahkan melahirkan anak. Suami juga harus memaafkan kesalahan isteri yang tercinta.

Buah kurma – Kurma boleh memberikan tenaga kepada ibu yang mengandung.

Pada minggu ke-7 dan hari-hari terdekat kelahiran, anda digalakkan untuk minum air kelapa yang bersih dan berkhasiat.

Mengamalkan pengambilan makanan bendi untuk memudahkan proses bersalin.

Membaca surah Yassin dan surah Maryam. Jadikan nya amalan pada setiap hari adalah lebih bagus.

Berdoa kepada Allah S.W.T agar urusan sentiasa dipermudahkan

Selain daripada panduan tips di atas, terdapat beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh ibu hamil. Semua ibu hamil inginkan urusan dan proses kelahiran bayi dapat dilakukan dengan baik dan dipermudahkan. Antara perkara penting tersebut adalah mengetahui panduan meneran.

Proses ini sangat penting untuk memastikan ibu hamil dapat melahirkan anak dengan cara yang betul ketika melahirkan anak secara normal. Berikut merupakan 5 kaedah meneran untuk dikongsikan kepada ibu-ibu hamil :

1- Pernafasan: Ibu hamil hendaklah mengetahui akan kepentingan latihan pernafasan. Latihan pernafasan yang dilakukan secara berulang kali akan membantu ibu hamil untuk mengawal pernafasan semasa waktu meneran. Cara untuk melakukan latihan pernafasan adalah sangat mudah iaitu menarik nafas sepanjang mungkin dan cuba tahan nafas.

Tetapi, haruslah diingatkan untuk melakukannya mengikut kemampuan diri dan tahap kesihatan tubuh. Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk melakukannya. Ketika waktu meneran kelak, anda akan menarik nafas yang panjang dan meneran semampu yang boleh. Anda tidak boleh menghembuskan nafas atau mencuri nafas ketika meneran kerana ia akan menyebabkan anda letih dan kurang tenaga.

Oleh itu, tujuan latihan pernafasan adalah memudahkan anda meneran kelak. Jika anda mengalami masalah asma, lelah atau lain-lain anda hendaklah memberitahu doktor/jururawat.

2- Posisi badan: ibu hamil baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas dan dilipatkan sedikit kaki. Namun sila pastikan anda mendapat kebenaran untuk melakukan seperti cara sedemikian. Mengikut arahan dan doktor adalah lebih baik ketika meneran.

Ketika itu, jururawat akan membantu meninggikan bahagian kepala dahu untuk memudahkan ibu hamil meneran. Perkara penting yang perlu simpan dalam ingatan adalah memastikan posisi badan dalam keadaan betul iaitu kepala diangkat sehingga dagu mencecah bahagian dada. Selain itu, punggung juga harus berada tetap di tempatnya dan tidak terangkat ketika meneran.

3- Tenaga: apabila petanda bersalin sudah muncul dan kian hampir anda digalakkan untuk mengambil makanan dan minuman yang boleh memberikan anda tenaga. Jika anda masih boleh mandi, anda digalakkan untuk melakukannya untuk menjadikan diri lebih segar. Contohnya makan nasi, minum air milo atau susu yang boleh menyalurkan tenaga dalam tubuh. Ia bertujuan untuk memastikan anda mempunyai tenaga ketika detik meneran.

4- Memohon perlindungan diri: sebagai umat islam, kita haruslah tidak alpa dan lupa kepada Allah S.W.T untuk memohon pertolongan daripada Allah. Moga-moga dengan itu, urusan melahirkan bayi dapat dilakukan dengan baik tanpa menghadapi sebarang masalah.

Ibu hamil digalakkan mengamal ayat Qursi, surah 3 Qul, doa Nabi Yunos dan surah al-Insyirah. Semoga ketika itu, anda mempunyai semangat, tenang dan mempunyai hati yang tabah walaupun anda mungkin rasa sakit pada detik demikian.

5- Pohon kemaafan: Jangan lupa untuk memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah anda lukai secara sengaja atau tidak sengaja. Kadang-kadang kita sendiri sendiri tidak menyedari kita pernah berlaku salah. Oleh itu, adalah lebih baik untuk memohon maaf kepada mereka terutamanya kepada orang yang selalu dekat dengan kita seperti suami, keluarga, ibu, ayah dan saudara mara agar urusan ketika melahirkan anak lebih mudah.

#sue

#sekadarperkongsian

Apa Yang Ayah Nak Buat Dalam Labour Room?

Semua ibu yang mengandung akan mengalami perasaan yang bercampur baur apabila tiba masa untuk masuk ke dalam labour room. Memang la masa tu sakit nak bersalin akan mengatasi perasaan yang macam-macam nie, tapi ibu masih akan rasa takut, gembira, risau, dan segala macam perasaan lagi. Di sinilah suami memainkan peranan yang sangat penting semasa bersama isteri di dalam labour room.

image

Masa dalam labour room inilah kita akan tengok sikap sebenar suami kita. Mungkin pada hari biasa, suami kita macam takde perasaan je dan buat endah tak endah je dengan kita, tapi masa dalam labour room, kita akan tengok yang suami kita adalah seorang yang sangat kuat dan penyayang orangnya.

Banyak sebenarnya peranan suami kita semasa di dalam labour room. Kita je kadang-kadang tak perasan apa yang suami kita lakukan di kala kita menahan kesakitan nak bersalin. Antara perkara biasa yang suami kita selalu buat masa teman kita nak bersalin adalah:

1. Memberi semangat dan dorongan

Kita selalu cakap ‘sakit yang, tak tahan rasanya nie’ tapi tak bersalin pun lagi. Suami kita akan sentiasa memberi galakan untuk teruskan perjuangan yang hampir selesai ini. “takpe, sikit je lagi nie, sayang kan kuat. Kejap lagi bersalin la nie. Allah akan bantu sayang.” Suami kita akan cakap macam-macam kata-kata semangat untuk lekakan dan alih perhatian kita dari memikirkan kesakitan itu.

2. Selalu dijadikan ‘punch bag’

Punch bag nie bukanlah untuk bertumbuk tu. Maksud Syu adalah suami kita la tempat kita lepaskan kemarahan dan segala kesakitan. Kalau nak tahan sakit, tangan suamilah yang akan kena ramas, kalau rasa tak tahan, kadang-kadang kita akan termarah dan tertinggi suara juga pada suami.

Tapi, suami kita redha je masa tu. Kena marah pun masih memberi semangat lagi, kena genggam tangan macam nak patah pun masih berada di sebelah kita sampai ke penghujung. Bagus sebenarnya suami kita nie. Jangan sesekali fikir yang suami kita tak sayang kita dan tak pernah nak ringankan beban kita. Fikirlah pengorbanan suami kita di masa ini kalau kita marah sangat padanya. Mesti luluh hati 🙂

3. Pembaca zikir/alunan ayat Al-Quran

Di kala kita sakit, mulut suami kita akan selalu menyebut zikir dan juga ayat-ayat Al-Quran. Pada masa ini, hati suami kita sebenarnya risaukan kita, tapi kenalah tunjuk kuat depan isteri…hehe…Allah sajalah tempat mereka meminta tolong pada masa nie.

Selain itu, suami kita akan baca zikir pada kita atau suruh kita berzikir bersama-sama bagi mengurangkan sakit nak bersalin itu. Suami Syu akan selalu baca zikir Nabi Yunus masa dalam labour room untuk memudahkan proses bersalin 🙂

Peranan tambahan

Di sesetengah hospital, suami dibenarkan untuk menyambut kelahiran anak mereka sendiri. Mesti best kan kalau dapat sambut anak dengan tangan suami sendiri. Suami kitalah orang pertama yang sentuh anak kita, bukan doktor atau nurse. Tapi, untuk sambut anak, mestilah ada kelas yang perlu dihadiri oleh suami kita masa kita mengandung dulu. jadi, kalau nak suami sambut kelahiran anak, pastikan suami kita pergi ke kelas yang berkenaan.

Selepas menyambut kelahiran anak, suami kita akan azan dan iqamat kan anak kita yang baru lahir. Ini adalah untuk mengingatkan si anak akan siapa dirinya sekarang ini. Moga anak yang baru lahir itu menjadi anak yang soleh dan solehah 🙂

Percaya tak percaya, suami kita adalah orang yang paling gembira bila kita dah bersalin. Tak payah tengok lagi segala kesakitan yang kita hadapi semata-mata nak lahirkan zuriat. Bila tengok muka anak, hilang terus rasa penat dan sakit tangan kena genggam semua. Yang tinggal hanya senyuman di bibir suami 🙂

#sue
#sebuahperkongsian
#lovetoshare