Gallery

Tips Berpantang Terbaik Selepas Kelahiran

image

Dalam tempoh kehamilan 40 minggu dan proses kelahiran, tubuh kita telah bekerja dengan sangat kuat. Apabila melepasi fasa itu dan memasuki fasa berpantang, tubuh kita sangat-sangat memerlukan rehat dan masa untuk pulih dari sebarang luka dan tekanan. Ia juga memerlukan ruang masa untuk menstabilkan semula paras hormon di dalam badan. Tidak seperti bersalin secara normal, bersalin secara pembedahan berkemungkinan besar memerlukan masa yang jauh lebih lama untuk pulih sepenuhnya.

bersalin secara pembedahan

Jika anda bersalin secara pembedahan, saya kongsikan sedikit tips untuk anda bagi diamalkan semasa dalam pantang.
1. Teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa

Menyusu bayi mampu membantu mengecutkan rahim dengan lebih cepat.  Ia juga mampu membantu manjadikan tubuh kembali langsing. Rahsianya untuk menjayakan penyusuan susu ibu adalah dengan banyakkan berzikir, amalkan makan sayur terutama sayur berdaun hijau, minum banyak air putih dan konsisten menyusu/mengepam. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
2. Pakai stoking sepanjang masa

Stoking perlu di pakai sepanjang masa. Hanya dibuka ketika mahu masuk ke tandas dan semasa mandi. Selepas itu, sapu minyak panas dan pakai kembali stoking anda. Ini untuk mengelakkan badan dari dimasuki angin.
3. Pakai pilis dan param

Pilis dan param dikatakan untuk mengelakkan rabun.Walaupun ianya tidak selesa, tapi ia perlu dipakai. Banyakkan berehat dan kurangkan membaca.
4. Nasi WAJIB dimakan panas-panas

Pastikan anda makan nasi yang baru dimasak dan masih panas. elakkan makan nasi yang sejuk.
5. Cuba ambil makanan yang seimbang.

Semasa berpantang, tubuh memerlukan nutrisi yang seimbang. Untuk kesihatan tubuh dan juga untuk bekalan kepada si bayi. Dari mana kita boleh dapat nutrisi lengkap tu? Tentulah dari pemakanan semasa berpantang. Walau berpantang, pastikan kita mendapat cukup karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia menjadikan kita lebih bertenaga,  tidak pucat, pengeluaran susu lebih meriah dan juga bantu melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
6. Minum air putih 2-3L sehari

Walau dalam pantang, perlu minum air putih dalam kuantiti yang banyak, sekurang-kurangnya 2-3L sehari.  Minumlah dalam kuantiti yang kecil tetapi dengan kerap. Air sangat penting jika anda menyusu bayi. Jika tidak cukup air, dari manakah susu hendak ada dengan meriahnya? Dalam pantang, di galakkan untuk minum air suam.
7. Elakkan melakukan aktiviti lasak dan berat

Orang dahulu kata, Jangan pegang penyapu. Jangan jalan laju-laju dan Jalan kena kepit. Sebenarnya, bukan tidak boleh, tetapi dalam pantang ni kita kena berhati-hati dengan pergerakan kita. Takut ibu jari kaki terlanggar apa-apa. Nanti boleh kena bentan. Selain itu, elakkan dari mengangkat benda berat. Rahim kita baru lepas melakukan kerja berat dan peranakan baru sahaja lepas di angkat. Dikuatiri takut rahim jatuh kembali.
8. Mengurut seperti biasa

Ada orang kata, bersalin secara pembedahan ni tidak boleh berurut dahulu. Sebenarnya, boleh aje. Cuma jangan sentuh bahagian pembedahan aje. Tempat-tempat lain seperti kaki, tangan, belakang badan, kepala tu boleh aje diurut seperti biasa.

Semasa berpantang dahulu, saya amalkan pemakanan tambahan aje. Ambil multivitamin yang ada zat besi, B complex, Vitamin C, zinc, kalsium dan protein. Alhamdulillah semua orang termasuk tukang urut tegur muka nampak berseri tak pucat, jalan laju tak macam orang baru lepas bersalin, rasa badan ringan, takde sakit-sakit badan walau tak cukup tidur, dan pagi-pagi pembuangan lancar, takde sembelit. Luka pun cepat sembuh. Susu pun meriah. Alhamdulillah.

Terpulanglah kepada anda samada nak ikut atau tidak. Anda sendiri tahu kesihatan badan sendiri ok atau tak ok. Para suami tak suka kalau isteri mereka sering sakit-sakit. Kita ada banyak tanggungjawab. Naj jaga suami, nak jaga anak-anak. Tak mahulah nanti umur belum cecah 40 tahun dah mula sakit sana sini, sengal dan lenguh sana sini.

Berpantang elok-elok tau. Selamat berpantang dan tahniah atas kelahiran bayi anda.

Keep share

Dipetik daripada fabolousmama.

Advertisements

Seks Ketika Berpantang


Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:
Trauma dengan proses kelahiran – Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Perubahan hormon dan emosi – Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.

Perubahan fizikal – Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.
Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.

Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?
Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?
Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.

Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.

Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.

Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?
Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.