Cara Jaga Bayi Baru Lahir

image

1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan. Untuk memudahkan cara letak bayi dalam bekas mandi cetek, di mana bayi boleh dibaringkan.

2) Sebelum mandi, sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.

3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ‘alcohol swab’ yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain.

4) Tuam perut dan ari-arinya dengan tungku baby. Panaskan tungku baby dengan meletak di atas tungku ibu yang panas atau letak di atas belanga/seterika. Cara lain tuam menggunakan daun sirih yang telah dipanaskan. Ini penting untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak angin bayi untuk beri keselesaan kepadanya. Ini penting untuk mengelak perut bayi kemasukkan angin dan menyebabkan kembung.

6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa. Baju kain kapas adalah disarankan kerana pengudaraan adalah lebih baik dan tidak panas.

8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan kulit bayi melecet dan tumbuh ruam lampin.

9) Bayi yang baru lahir sehingga berusia sebulan lebih tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya.

Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya.

Namun jika cuaca panas, elakkan berbedung. Ini kerana boleh menyebabkan bayi demam dan tumbuh ruam panas.

11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.

12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena. Jangan biarkan bayi tidur lama, ini penting untuk mengelakkan jaundis.

Bayi memerlukan cecair untuk mengeluarkan bilirubin yang menyebabkan jaundis melalui air kencing dan najis. Tinggikan kepala bayi ketika menyusu bagi mengelakkan tersedak susu.

Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Namun adalah baik, jika puan terus menyusukan bayi selama 2 tahun.

13) Untuk Penjagaan Kulit Bayi yang sihat, para ibu disarankan menggunakan produk bayi organik, yang semulajadi tanpa kimia bahaya. Ini kerana kulit bayi yang nipis dan sensitive itu mudah mendapat allergi dan eczema.

Salam sayang
Sue

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s