Cabaran Dalam Penyusuan

Penyusuan berkesan adalah kombinasi kesabaran, teknik yang bagus dan ketekunan. Kali ini, kami bincangkan beberapa cabaran yang biasa dihadapi oleh para ibu ketika menyusukan dan cadangan penyelesaiannya.

Langkah awal
Hampir semua cabaran penyusuan mempunyai punca dan penyelesaian yang sama. Sebelum menelitinya, perhatikan perkara berikut bagi mengelakkan cabaran-cabaran tersebut:
1. Dapatkan nasihat cara dan posisi penyusuan yang betul
2. Elakkan pakaian ketat dan baju dalam berwayar
3. Elakkan penggunaan sabun
4. Pastikan menyusu mengikut jadual tanpa terlepas
5. Susukan bayi dengan lebih kerap dan selama mungkin
6. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara setiap kali
7. Pastikan puting susu kering selepas menyusu
8. Gunakan pad payudara tanpa plastik bagi membolehkan aliran udara dan tukar dengan kerap
9. Pakai pakaian dalam daripada kapas
10. Rehat secukupnya
11. Minum air dengan banyak – 10 gelas sehari
12. Makan makanan seimbang
13. Panaskan payudara sebelum menyusu dengan kain panas atau mandian air panas
14. Sapukan susu ibu pada puting susu untuk melembutkannya dan mengelakkan jangkitan kerana susu ibu mempunyai antibiotik. Lakukan sebelum dan selepas penyusuan.

Bayi tidak mahu atau sukar menyusu
Adakalanya bayi tidak selesa dan resah menyebabkan dia tidak dapat menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh kedudukan bayi serta mulut dan puting susu yang tidak melekat dengan betul. Dapatkan nasihat penyusuan daripada pakar.

Puting susu terasa sakit
Kebiasaannya, menyusu tidak menyebabkan kesakitan. Jika terasa sakit, ceraikan puting susu daripada mulut bayi dengan memasukkan jari di tepi mulut bayi dan mulakan penyusuan semula. Jangan biarkan bayi terus menyusu sedang anda menahan sakit. Perhatikan perkara berikut:
• Pastikan bayi anda tidak menggigit puting susu.
• Sapukan lanolin selepas menyusu
• Bertukar-tukar kedudukan ketika menyusukan

Puting susu merekah
Bagi puting susu yang merekah, sapukan lapisan nipis paraffin putih yang lembut atau lanolin yang ditapis. Sapukan bahan ini pada rekahan sahaja (bukan keseluruhan puting susu) untuk membantu pemulihan dan mengelakkannya berkuping.

Saluran susu tersumbat dan mastitis
Bekalan susu berlebihan boleh terkumpul dalam payudara atas beberapa sebab. Tempat terkumpulnya susu inilah yang biasanya menyakitkan. Lakukan pemeriksaan jika anda merasakan sedang mengalami perkara ini kerana jika dibiarkan ia boleh menyebabkan jangkitan atau radang payudara (mastitis). Beberapa tanda-tanda mastitis termasuk:
• payudara terasa panas dan membengkak
• tompokan merah pada kulit yang keras dan sakit bila disentuh
• terasa tidak sihat umpama ketika menghidap selsema
• badan terasa sakit-sakit dan penat
• suhu badan meningkat
• nanah atau darah pada susu

Keadaan di atas boleh berlaku secara tiba-tiba dan menjadi teruk dengan cepat. Sangat penting untuk teruskan penyusuan kerana ia mempercepatkan pemulihan. Lakukan juga perkara berikut:
• Susukan bayi pada payudara yang bengkak dahulu
• Jika terasa ‘penuh’ selepas menyusu, keluarkan susu secara manual
• Ketika menyusu, urut bahagian yang bengkak ke arah puting susu
• Jika dibenarkan, ambil ubat tahan sakit
• Elakkan tidur meniarap

Mastitis mungkin juga tanda jangkitan. Jika tiada perubahan selepas 12 hingga 24 jam dan anda rasakan keadaan menjadi semakin teruk, hubungi doktor. Jika perlu, mereka akan berikan antibiotik yang boleh diambil ketika menyusu.

Thrush
Jika anda secara tiba-tiba mendapati puting susu sakit dan kemerah-merahan selepas menyusukan tanpa apa-apa masalah sebelumnya, anda mungkin terkena jangkitan kulat (thrush). Anda dan bayi perlukan rawatan. Lakukan juga perkara berikut:
• Apa sahaja yang dimasukkan ke mulut bayi harus dididihkan 20 minit setiap hari
• Tukar puting botol susu setiap minggu
• Cuci tangan bayi dengan kerap jika bayi suka menghisap jari
• Didihkan susu ibu yang dipam dan dibekukan semasa jangkitan berlaku bagi mematikan yis
• Pastikan payudara sentiasa kering dan dedahkan kepada udara seberapa lama yang mungkin
• Gunakan baju dalam pakai buang
• Apabila mencuci pad payudara, baju dalam atau lampin, gunakan air sabun yang panas. Pastikan semuanya benar-benar kering dengan cahaya matahari terik atau mesin pengering yang panas.
• Semasa jangkitan, gunakan tuala kertas untuk mengeringkan tangan dan gunakan tuala mandi hanya sekali sebelum dibasuh.

Puting susu rata atau pipih
Bayi menyusu dari bahagian areola, maka puting susu yang rata atau pipih bukan alasan tidak menyusukan. Mungkin ia sedikit sukar pada awalnya. Perhatikan perkara berikut:
• Mengeluarkan susu dengan pam dapat membantu membentuk puting susu
• Menarik atau memutar puting susu menyebabkan trauma pada puting

Payudara membengkak
Payudara akan membesar selepas melahirkan disebabkan proses penghasilan susu. Namun, jika ianya keras, bengkak, berdenyut-denyut, berketul-ketul, ‘penuh’ yang tidak selesa serta sakit, bekemungkinan anda mengadapi bengkakkan payudara. Ia mengakibatkan puting susu menjadi rata dan keras serta menyukarkan penyusuan. Ambil langkah berikut:
• Jika bengkak keterlaluan, tekapkan beg ais bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan
• Urutkan payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu
• Keluarkan susu diantara waktu menyusu secara manual
• Jika anda bekerja, pam susu seperti jadual susuan, sekurang-kurang setiap 4 jam.

Bekalan susu yang berkurangan
Bekalan susu bergantung kepada bayi anda. Susu baru akan dihasilkan selepas setiap penyusuan sebagai tindak balas daripada sedutan bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu dihasilkan. Tidak perlu susu formula untuk menampung keperluan bayi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s