Cara Atasi Anak Meragam

MENANGIS atau meragam sudah menjadi sifat semula jadi bayi yang normal. Kita tidak boleh mengharapkan anak yang sentiasa ceria dan tidak membuatkan ibu bapa pening menangani pelbagai kerenah mereka.

Menangis juga satu cara bayi berkomunikasi dengan penjaga kerana mereka masih tidak pandai meluahkan perasaan dengan kata-kata. Menjaga bayi menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tidak, ibu bapa boleh hilang sabar dan ada yang bagaikan hilang kewarasan diri sehingga sanggup mendera anak sendiri.

Dengan pelbagai tekanan dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap hari, kerenah anak yang menangis atau meragam apatah lagi pada malam hari memang boleh menyebabkan ibu bapa hilang sabar.

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita tidak sepatutnya melepaskan kemarahan atau segala beban seharian terhadap anak kecil yang tidak berdosa dan mengerti apa-apa. Sebaliknya kita harus belajar untuk menjadi ibu bapa terbaik sekali gus memahami keadaan si kecil yang sering meragam itu.

Buat ibu bapa dan penjaga, teknik menangani bayi yang meragam dan sering menangis ini boleh dijadikan panduan:

  1. Bersikap tenang

Perkara terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa apabila anak meragam atau menangis dengan nyaring ialah bersikap tenang dan bukannya memarahi anak dengan suara yang tinggi. Apabila tekanan dalam diri ibu bapa meningkat, anak juga akan menjadi bertambah tertekan, menyebabkan usaha menenangkan bayi tidak akan tercapai.

  1. Periksa lampin bayi

Bayi menangis kerana pelbagai sebab, antaranya mereka tidak selesa apabila lampin sudah terlalu penuh atau mereka baru saja membuang air besar. Jadi, apabila anak menangis, cuba periksa lampin untuk pastikan masalah anak mena–ngis bukan berpunca daripada lampin. Sekiranya basah lencun atau kotor, salin lampin supaya bayi lebih selesa.

  1. Periksa suhu badan bayi

Kadangkala bayi menangis apabila dia berasa terlalu sejuk atau terlalu panas. Mungkin ibu bapa boleh memegang tangan atau kaki anak untuk memastikannya.

Sekiranya sejuk, pakaikan baju yang menutup tubuh dan lebih tebal. Namun sekiranya panas, cuba gunakan termometer bagi memeriksa suhu bayi.

  1. Kembung perut

Bayi selalu mengalami masalah kembung perut. Oleh itu, ibu bapa perlu memeriksa dengan menepuk lembut dengan jari bagi memastikan anak mereka mengalami masalah kembung perut. Sekiranya benar, sapukan minyak angin pada perut bayi untuk melegakan perutnya.

  1. Beri susu atau makanan bayi

Sekiranya semua perkara di atas tiada pada bayi, kemungkinan besar dia lapar.

Tawarkan minuman atau makanan pada bayi. Ibu bapa perlu mempunyai jadual dan mengingati masa makan atau minum anak mereka.

Jangan ambil mudah kerana selain senang meragam akibat lapar, tumbesaran bayi juga boleh terjejas jika tidak mendapat zat mencukupi.

Mengurut antara cara untuk menenangkan bayi. Sentuhan kulit ke kulit bukan saja menenangkan bayi tetapi hubungan ibu bapa dengan anak juga menjadi semakin rapat.

  1. Kurangkan rangsangan sekeliling

Terlalu banyak rangsangan di sekeliling boleh membuatkan bayi terganggu, seterusnya menangis dan meragam. Bagi menenangkan bayi, cuba malapkan cahaya lampu, asingkan permainan yang banyak dan mengurangkan bunyi bising.

  1. Bedung bayi

Bagi bayi kecil, mereka berasa tenang dan selamat apabila dibedung dengan kain dan dipeluk ibu bapa. Ini kerana bagi si kecil ini, keadaan yang terbuka menakutkan mereka. Oleh itu, sebaik-baiknya bedung bayi kecil, bukan saja mereka akan berasa hangat, ia juga membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak.

  1. Gunakan bunyi menenangkan

Ada sesetengah bunyi mampu menenangkan bayi apabila ia berbunyi terus-terusan contohnya bunyi kipas berputar atau bunyi kerincing angin yang digantung di tempat berangin.

  1. Beredar dan menenangkan diri

Sekiranya semua cara yang dilakukan tidak mampu menenangkan bayi dan anda mula hilang sabar, tinggalkan sekejap bayi anda di tempat yang selamat dan tenangkan diri terlebih dulu.

Berfikir positif dan memahami bayi anda tidak melakukannya dengan sengaja kerana dia tidak memahami apa-apa dan masih kecil.

  1. Bawa bayi bertemu doktor

Anda juga boleh membawa bayi bertemu doktor kanak-kanak bagi membuat pemeriksaan untuk memastikan tangisan bayi bukan berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s