Kesan Suntikan Cegah Hamil

image

SAYA berusia 30 tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia lapan tahun. Sehingga kini saya belum mahu menambah bilangan anak. Oleh itu, saya mengambil suntikan mencegah kehamilan setiap tiga bulan sekali selama dua tahun.

Sebelum mengambil suntikan itu, saya hanya menggunakan cara azal.

  1. Adakah kekerapan sakit kepala yang saya alami selama dua tahun kebelakangan ini kesan daripada suntikan hormon itu? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil pencegah kehamilan dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan mabuk yang teruk.
  2. Sejak saya mengambil suntikan itu, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadangkala ada dan tidak. Masalahnya ialah, jika haid saya ada, ia akan keluar sehingga 15 hari atau kadangkala lebih. Darah itu pekat dan berwarna gelap dan kadangkala berwarna coklat serta berbau agak kuat dan saya sendiri berasa loya apabila menghidunya.

Darah haid saya akan berhenti keluar jika saya memakai tuala pelekat wanita. Contohnya, jika sehari saya memakai tuala itu, darah terus berhenti dan saya mandi wajib tetapi esoknya darah akan keluar semula kerana tidak lagi memakai tuala itu. Ia akan berlarutan sehingga kadangkala lebih dua minggu.

Oleh itu, sekarang saya hanya memakai seluar dalam yang berlapis-lapis untuk menampung darah itu. Untuk pengetahuan doktor, genap setahun mengambil suntikan itu, doktor saya memberhentikan satu kali suntikan (tiga bulan) kerana haid saya tidak berhenti selama sebulan.

  1. Jika saya berhenti mengambil suntikan itu, berapa lama masa dari tarikh pemberhentian itu kemungkinan yang saya akan hamil semula. Untuk pengetahuan doktor, ketika doktor saya memberhentikan suntikan selama tiga bulan, haid saya datang seperti biasa. Adakah perlu saya mengambil pil kesuburan selepas pemberhentian suntikan itu.

Nina Isa
Kuala Lumpur

JAWAPAN:

SESEORANG wanita digalakkan hamil pada umur yang muda (kurang daripada 35 tahun) untuk mengurangkan risiko ketika hamil dan juga risiko kecacatan janin, terutama kecacatan pada kromosom 21 yang akan mengakibatkan sindrom Down’s.

Oleh kerana anak puan sudah pun berumur lapan tahun, puan dinasihatkan supaya hamil jika masih inginkan anak lagi.

Penggunaan suntikan Depo Provera yang diambil setiap tiga bulan adalah salah satu cara untuk menjarakkan anak. Sakit kepala adalah salah satu kesan sampingan penggunaan suntikan Depo Provera.

Kesan sampingan lain adalah keletihan, murung, susah tidur, jerawat, loya, gemuk, sakit payu dara dan ketulan darah.

Bagi ibu yang sedang menyusu bayi, suntikan ini tidak memberi kesan pada kuantiti susu yang dikeluarkan.

Puan mungkin agak sensitif kepada kadar hormon yang tinggi dalam badan. Dengan itu, puan lebih senang mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala.

Begitu juga dengan pengambilan pil perancang yang boleh membuatkan puan mabuk seperti keadaan pada awal hamil. Kadar hormon dalam pil atau suntikan untuk mencegah kehamilan adalah lebih tinggi daripada dalam badan.

Tujuan ketinggian hormon ini adalah untuk menghalang pengeluaran ovum. Oleh itu, tiada benih wanita yang dapat disenyawakan.

Penggunaan hormon progestogen saja boleh menyebabkan pengaliran darah haid menjadi tidak menentu. Penggunaan ini boleh diambil secara makan, suntikan dalam otot, suntikan bawah kulit sebagai susuk dan hormon yang ada pada intra uterine device (IUD).

Dengan menggunakan mana-mana cara pun, permasalahan pengaliran darah haid yang tidak menentu seperti yang dialami puan atau lama pendarahannya tetapi tidak banyak yang keluar adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Adakalanya tiada langsung pendarahan haid berlaku ketika pengambilan hormon ini. Permasalahan haid yang tidak menentu ini tidak membawa kesan pada wanita tetapi ia menyusahkan sedikit terutama bagi wanita Islam.

Lazimnya selepas berhenti mengambil hormon ini, kebanyakan wanita akan menjadi subur kembali seperti sedia kala. Bagi mereka yang mempunyai permasalahan dengan kitaran haid sebelum menggunakannya, kesuburan akan berlaku pada masa yang lewat sedikit disebabkan oleh masalah yang dialami sebelumnya dan bukan disebabkan oleh hormon yang diambilnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s