Payudara Gatal Semasa Kehamilan

image

Tidak perlu gusar atau bimbang kerana apa yang Ibu alami tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap bayi yang bakal lahir mahupun penyusuan nanti. Kegatalan yang dialami di bahagian payudara merupakan perkara biasa sewaktu hamil. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan kesakitan,bengkak dan payudara sensitif.

Lazimnya masalah ini bermula sekitar minggu ke-4 dan ke-6 kehamilan dan berterusan sepanjang trimester pertama. Kebanyakan wanita akan mendapati kegatalan payudara hilang pada trimester pertama. Kebanyakan wanita lain pula akan hilang kegatalan di daerah itu pada trimester kedua dan ketiga. Namun, ada yang sepanjang kehamilan.

Ketahuilah, masalah payudara sensitif  berlaku ketika hamil kerana perubahan hormon di dalam tubuh. Memandangkan payudara perlu sangat bersedia untuk penyusuan bayi kelak, maka ia perlu membesar dan berkembang sehingga menyebabkan bengkak, kesakitan dan kegatalan. Apatah lagi, masalah ini berlaku kesan peningkatan hormone kehamilan iaitu estrogen dan progesteron.

Hormon-hormon ini menyebabkan darah berkumpul dalam jumlah yang banyak di payudara lalu menjadikannya sensitif bila disentuh. Antara perubahan ialah tisu payudara, saluran susu dan sel penghasil susu yang mula terbina sehingga menyebabkannya membesar dan berubah bentuk. Apabila lebih banyak lapisan lemak berkembang di bawah payudara, ia akan menyebabkan payudara meningkat saiznya. Faktor inilah yang menyumbang kepada masalah kegatalan, sakit dan bengkak yang dialami.

Bergantung kepada umur dan berapa jumlah anak yang dilahirkan, simptom yang dialami mungkin berbeza. Ibu muda dan pertama kali melahirkan  cenderung untuk mengalami ketidakselesaan payudara yang lebih teruk. Simptom yang sering dikaitkan dengan masalah payudara ketika hamil.

Peningkatan saiz mangkuk coli
Urat timbul di sekitar payudara
Puting mudah sensitif
Rasa panas danberdenyut-denyut
Payudara berat

Apa jua yang Ibu hadapi sepanjang kehamilan, terimalah dengan hati yang sabar dan hadapi saat 9bulan dengan hati yang gembira kerana cabaran selepas melahirkan pastinya lebih mencabar buat Ibu dan suami.

#perkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s