Takut Bersama Angkara Kencing Kotor Ketika Hamil

SAYA berusia 25 tahun dan usia perkahwinan saya baru mencecah empat bulan. Sejak dua bulan kebelakangan ini, sudah empat kali saya mengalami penyakit kencing kotor dan bulan lalu, saya mengalami kencing berdarah.

Badan saya selalu panas terutama pada waktu malam. Terbaru saya diserang penyakit kencing kotor sekali lagi.

Sebenarnya saya bingung memikirkan masalah ini dan sejak itu, saya agak murung dan pasif.

Saya juga mengamalkan pembersihan diri dengan sangat teliti termasuk sebelum dan selepas bersama suami, namun semuanya gagal.
Saya mengamalkan minum air putih yang banyak. Baru-baru ini, saya mengambil ubat antibiotik kali terakhir. Ubat itu dibekalkan doktor. Sebelum ini saya ke klinik swasta saja, tetapi kini saya juga ke hospital kerajaan.
Saya sedar selepas bersama suami saya mengalami kencing tak lawas terlebih dulu dan disusuli dengan kencing yang sakit (kencing kotor).

Ini menyebabkan saya takut untuk bersama suami dan risau penyakit itu berulang.
Saya juga mengalami keputihan, tetapi tidak teruk. Doktor juga memberikan ubat untuk dimasukkan ke dalam vagina. Apakah yang harus saya lakukan? Adakah sering mengambil ubat antibiotik akan menyukarkan saya untuk hamil?

NOR
Seri Kembangan, Selangor

JANGKITAN pundi kencing sering disebut sebagai kencing kotor atau berkuman. Wanita lebih kerap mengalaminya kerana saluran keluar kencing (uretra) lebih pendek berbanding uretra lelaki.

Ini menyebabkan kuman yang berada di sekitar bukaan hujung uretra ini lebih mudah menyelinap masuk ke dalam pundi kencing di penghujung atas saluran itu.

Hubungan seksual juga lebih mudah menyebabkan jangkitan kuman. Lebih kerap hubungan seks dilakukan, lebih berisiko seseorang itu mengalaminya.

Geselan zakar pada mukosa kemaluan wanita boleh menyebabkan kuman daripada pasangan ataupun kuman daripada diri sendiri untuk masuk ke dalam dari permukaan kulit.

Ada istilah ‘honeymoon cystitis’ yang digunakan bagi menggambarkan jangkitan pundi kencing (cystitis) yang didapati lebih kerap berlaku di kalangan pasangan berbulan madu.

Apa yang lebih penting adalah anda mengamalkan kerap membuang air kencing (dengan meminum air yang banyak) bagi menghalang kuman (jika sudah memasuki pundi kencing) untuk terus membiak dan menyebabkan kesan jangkitan. Jika perlu, ubat bersesuaian perlu diambil.

Memandangkan ia lazimnya disebabkan oleh bakteria, sama ada bakteria yang sudah sedia menjadi koloni pada permukaan kulit seperti streptococcus ataupun bakteria yang mendiami usus (E coli), maka ubat antibiotik yang serasi akan diberikan.

Namun, kadangkala ia juga disebabkan oleh kulat contohnya candida sp (yang menjangkiti faraj), maka ubat antikulat perlu diambil. Amalan penjagaan kawasan kemaluan perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s