Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

1.   Memastikan isteri mengambil pemakanan yang berkhasiat

Isteri amat memerlukan makanan yang berkhasiat ketika hamil agar badan mereka tidak lemah dan bertenaga untuk melakukan kerja harian. Makanan yang berkhasiat juga akan memastikan kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami masalah.

Oleh itu, suami hendaklah memastikan isteri mengambil yang berkhasiat dan bersih iaitu memberikan makanan yang mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh badan. Anda sebagai suami juga boleh memberikan kegembiraan dengan menghidangkan makanan yang disukai oleh isteri anda, dengan itu hubungan pasti akan bertambah mesra dan bahagia. Ini tips peranan suami yang baik.

2.   Sentiasa memahami keadaan isteri

Pada peringkat awal wanita mengandung, biasanya emosi mereka akan mudah terganggu. Hati wanita hamil akan mudah tersentuh seperti merasa sedih, kecil hati dan rasa dipinggarkan.

Perhatian daripada keluarga terdekat amat diperlukan ketika itu terutamnya suami. Suami hendaklah memberikan motivasi dan menjaga perasaan isterinya agar perasaan emosi tidak berlaku dalam diri isteri tersebut.

3.   Tingkatkan ibadah sunat dan membaca Al-Quran

Jalankan lah tanggungjawab yang wajib serta tingkatkan lah ibadah sunat. Amalkan untuk membca ayat suci Al-Quran agar diri terasa dekat dengan diriNya. Mohon dan berdoalah agar mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Suami hendaklah sentiasa mendoakan keharmonian keluarga dan mendoakan  anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh atau solehah dan menjadi bertanggungjawab apabila mulai meningkat dewasa. Selain itu, berdoalah agar keselamatan dan kesihatan isteri dan bayi yang bakal dilahirkan berjalan dengan lancar dan sempurna.

4.   Memberi pujian kepada isteri

Kata-kata pujian yang diberikan isteri akan membuatkan mereka tersenyum contohnya mengatakan mereka cantik dan comel ketika mengandung. Ini bermakna suami hendaklah bijak mengambil hati isteri dengan menunjukkan kasih sayang yang ikhlas kepada mereka. Anda pasti gembira apabila melihat isteri anda tersenyum gembira oleh itu anda lebih tahu apa yang harus dibuat untuk membuat isteri anda gembira.

5.   Memberi motivasi kepada isteri

Berbekalkan motivasi dan dorongan yang diberikan suami kepada isterinya akan membuat isteri menjadi lebih dan tenang dan bahagia. Hal ini kerana, ia menandakan suami seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi perhatian kepada isterinya termasuklah ketika isteri mereka mengandung.

Tambahan lagi, wanita hamil memerlukan dorongan yang berterusan kerana melalui kata-kata semangat yang diberikan wanita hamil akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi hari yang mendatang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s