Kelebihan Seks Ketika Mengandung

Setelah isteri disahkan mengandung, terutama sekali hamil anak pertama sudah tentu pasangan akan berasa sangat bahagia. Tetapi di dalam keseronokan menanti kehadiran buah cinta mereka, pasangan suami isteri dibelit rasa takut untuk berhubungan seks. Mereka bimbang sekiranya melakukan persetubuhan, ia akan menjejaskan kandungan. Sebenarnya, seks ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.

1.Sememangnya biasa bagi ibu mengandung mengalami kekejangan serta sakit kepala yang melampau. Puncak nikmat atau klimaks ketika melakukan hubungan seks sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.

2.Hormon yang berubah secara drastik membuatkan emosi wanita hamil tidak stabil. Hubungan seks bersama suami mampu menyelesaikan masalah ini sekaligus memperbaiki kesihatan mental isteri.

3.Kajian menunjukkan hubungan seks kala hamil dapat menambahkan bekalan darah ke bahagian rahim dan faraj. Dan ini baik untuk anak di dalam kandungan.

4.Sekiranya pasangan melakukan hubungan seks berhampiran tarikh bersalin, ia boleh melembutkan serviks dan membantu memudahkan proses kelahiran.

5.Hubungan seks ketika mengandung mampu menguatkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri sehingga ada yang mengatakan suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.

6.Ia juga membantu tumbesaran janin dan mengelakkan kelahiran pramatang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s