Kepercayaan Karut Pil Kehamilan

Merancang keluarga dapat mengelak kehamilan tidak diingini.
OCP kekalkan mutu kesihatan, selain bantu wanita merancang keluarga

image

Bolehkah anda menjawab setiap soalan bermain dalam minda mengenai pengambilan pil perancang kehamilan dan membezakan antara mitos dengan fakta?

Apabila memilih pil perancang bersesuaian untuk anda, ia adalah satu keputusan peribadi dan perlu diambil secara bermaklumat agar tidak ia memberikan kesan efektif.

Lebih banyak anda tahu tentang cara penggunaannya, lagi mudah untuk anda merancang struktur kekeluargaan. Pengambilan pil perancang (OCP) juga menjadi tanpa dirancang penyumbang terbesar kepada penurunan kes kehamilan l dan pengguguran bayi.

Menjawab teka-teki, Penolong Dekan Fakulti Perubatan Bahagian Hubungan Antarabangsa, Universiti Chulalongkorn, Bangkok, Thailand, Unnop Jaisamrarn menjelaskan pengambilan pil itu bukan saja membantu kadar pembangunan penduduk dan ekonomi, tapi mengekalkan mutu kesihatan wanita.

“Biarpun kajian menunjukkan ada kebaikan dalam penggunaan pil perancang, masih ramai bertindak skeptikal terhadap penggunaan pil perancang kehamilan tanpa mereka sedari sebenarnya pengambilan berpanjangan boleh mencegah kanser.

“Ia juga boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit cantik, licin dan berseri tanpa jerawat,” jelasnya pada Sidang Kemuncak Perancangan Keluarga Asia Pasifik Ke-2 anjuran Merck Sharp & Dohme (MSD), di Vietnam, baru-baru ini.

Mitos dan fakta penggunaan OCP:

Mitos 1 – Pil pencegah kehamilan tambah berat badan

Fakta: Apabila memulakan pengambilan pil pencegah kehamilan yang baru, sesetengah wanita terasa badan dan muka mereka sembab. Keadaan ini akan hilang seiring dengan masa. Banyak kajian klinikal mendapati tidak ada kaitan antara pil pencegah kehamilan dos rendah moden dengan kenaikan berat badan.

Mitos 2 – Wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan dalam satu jangka masa panjang perlu menghentikan penggunaan untuk berehat seketika.

Fakta: Tidak ada alasan untuk wanita sihat berehat daripada menggunakan pil pencegah kehamilan. Ia adalah satu daripada pilihan efektif boleh dimiliki untuk perancang kekeluargaan.
Berehat daripada mengambil pil akan meningkatkan risiko wanita aktif dalam hubungan kelamin untuk mendapat kehamilan tanpa dirancang.
Pakar perubatan menunjukkan pil pencegah kehamilan boleh diambil selama atau lebih 15 tahun berturut-turut tanpa sebarang risiko meningkat.

Mitos 3 – Kaedah perancangan keluarga boleh mengakibatkan kecacatan kandungan.

Fakta: Jika anda berita kehamilan tapi masih menggunakan kaedah pencegahan, anda perlu tahu tidak ada bukti kukuh menunjukkan ia akan membahayakan bayi dalam apa juga cara.
Janin terdedah kepada pil semasa awal kehamilan tidak meningkatkan komplikasi atau kecacatan kelahiran.
Jadi jika anda fikir anda sedang hamil, cara terbaik untuk berhenti mengambil pil adalah dengan menukarkan kepada kaedah lain.

Mitos 4 – Remaja dan wanita prramenopaus tidak boleh amalkan pil perancang.

Fakta: Pengambilan pil perancang amat digalakkan dalam kalangan wanita sihat tanpa mengambil kira usia.
Kandungan dos diberikan bagaimanapun perlu berdasarkan faktor usia dan aktiviti mereka.
Pengambilan pil itu sebenarnya memberikan pelbagai manfaat dalam kalangan remaja kerana ia mencegah masalah haid tidak teratur, senggugut atau darah keluar berlebihan.

#sue

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s