Cara Berkesan Hilangkan Stretch Marks Ketika Hamil

Hampir 90% ibu hamil mengalaminya, Stretch marks atau urat-urat putih di tubuh yang terbentuk kerana berlakunya regangan pada kulit secara berlebihan, akibat pengaruh hormon kehamilan  serta akibat pembesaran bayi dalam kandungan dari bulan ke bulan.

image

Biasanya, tanda tersebut muncul di kawasan perut, paha, pinggul, lengan, dan payudara. Bagi wanita hamil, stretch marks yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar, lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan.

Selain faktor kehamilan, masalah ini juga terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada sesetengah ubat kurus atau asma.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, seperti menggunakan cream yang mengandung Retin-A. Tapi, cara ini sangat berbahaya bagi ibu hamil, kerana boleh mengakibatkan gangguan pada janin. Oleh sebab itu, cara terbaik yang boleh ibu hamil lakukan untuk mencegah atau meminimakan kesan stretch marks agar kesan hodoh ini tidak lagi kelihatan, antaranya seperti berikut :

1. Bekalkan air putih yang mencukupi

Ibu hamil harus membiasakan diri mengambil air putih minima 8 gelas sehari. Hal ini dapat membantu kulit terjaga ketelapannya, sehingga boleh membantu meminima kesan stretch marks.

2. Amalkan sapu krim pelembap

Untuk menambah ketelapan kulit, ibu hamil boleh menggunakan pelembap yang terbuat dari bahan-bahan semulajadi, seperti cocoa butter atau shea butter, disapu di kawasan yang terkena stretch marks. Ataupun sapukan seluruh tubuh dengan minyak yang kaya akan vitamin E, sebelum mandi.

3. Kawal berat badan

Ibu hamil sebaiknya kawal kenaikan berat badan yang terlalu mendadak. Sepanjang kehamilan, kenaikan normal berat badan ibu hamil antara 12-15 kg. Jika kenaikan terlalu cepat, adalah kurang baik bagi kehamilan, selain itu kulit juga akan terlalu banyak mengalami regangan sehingga senang mendapat stretch marks.

4. Senaman

Pengaliran darah dan oksigen yang lancar juga dapat membantu meminimakan terjadinya stretch marks. Jadi, lakukanlah senaman yang sesuai menurut nasihat doktor.

5. Kawalan diet makanan

Ambil makanan yang sihat dan berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan yang dapat membantu mencegah terjadinya stretch marks. Selain itu, amalkan juga makanan yang banyak mengandung vitamin A, E dan C seperti wortel, susu, telur, kacang kedelai, paprika merah atau kuning, tomato, dan oatmeal.

Lakukan cara-cara di atas secara berdisiplin dan sebaiknya dimulakan diawal kehamilan.

#sue
#sekadarperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s