5 Perubahan Kulit Semasa Kehamilan

BANYAK perubahan berlaku pada badan ibu semasa mengandung dan yang paling diberi perhatian adalah kulit. Perubahan hormon ketika hamil ni kekadang membuatkan kulit kita bermasalah seperti kering, berjerawat, gelap, jeragat dan sebagainya. Apa perubahan kulit yang berlaku sepanjang kehamilan?

image

  1. Leher , Ketiak dan Kaki Hitam

Semasa hamil, perubahan kulit akan terjadi seperti ketiak hitam ,leher hitam dan kaki hitam serta sebagainya. Tompok-tompok hitam ini lebih dikenali sebagai melasma @ Chloasma.

  1. Jerawat

Hormon, hormon dan hormon! Inilah puncanya kenapa pencuci muka tak membantu sangat menghilangkan jerawat ketika mengandung. Jerawat ialah kesan sampingan yang normal ketika mengandung. Pertambahan jerawat disebabkan oleh peningkatan hormon oleh tubuh. Minyak pada kulit yang keluar secara berlebihan akan memerangkap tisu kulit yang mati dan menutupi liang roma pada kulit. Akibatnya kuman pada kulit akan mudah membiak. Jangkitan kuman ini akan menyebabkan radang pada kulit dan membentuk jerawat.

  1. Stretch marks.

Kesan rekahan, regangan atau “strecth marks” pada kulit di bahagian tertentu sewaktu hamil dan selepas bersalin memang sangat membimbangkan kaum wanita termasuklah MV. Masa mengandung, antara perkara yang susah nak elak, adalah stretchmark.

  1. Pigmentasi

Pigmentasi adalah perubahan yang paling ketara. Ini disebabkan oleh hormon estrogen, progesteron dan melanocyte yang terlau tinggi ketika kehamilan. Bahagian yang paling biasa ialah di bahagian aerola, ketiak, kemaluan dan peha.

  1. Ruam kulit

Jika gatal-gatal di kulit disertai dengan ruam, kemungkinan besar masalah gatal-gatal ini adalah “pembawaan” kehamilan. Ini dikenali dalam bahasa perubatan sebagai pregnancy-specific dermatosis (sejenis ruam di bahagian perut yang dikenali sebagai polymorphic eruption of pregnancy). Biasanya ruam ini menyerang apabila kandungan berusia lapan bulan. Ia boleh merebak ke tangan dan kaki, tetapi tidak naik ke kulit muka atau kepala dan tidak melibatkan tapak tangan dan kaki.

#sue
#sekadarperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s