Tips Cepat Hamil Walaupun Tinggal Berasingan

1) Gunakan masa yang ada (bersama) dengan berkualiti. Bermakna, setiap kali berjumpa, kena banyak spend time together-gether, membincangkan hal rumahtangga, bermesra, bercuti, dan segala-gala aktiviti yang manis-manis belaka. Perlulah synchronize kan wishing list suami dengan wishing list isteri.

image

2) Pentingnya sentuhan suami isteri walau jarak jauh. Dalam keadaan jarak jauh, sentuhlah hati isteri dengan layanan dan tindakan yang sewajarnya kerana lumrah wanita memang agak ber’emosi’ apabila berjauhan dengan suami.

3) Sentiasa refresh relationship setiap kali berjumpa. Eg : pergi bercuti mengikut kemampuan dan bagi hadiah walaupun murah.

4) Perlu yakin dengan kesetiaan pasangan masing-masing. Walau jasad jauh , namun itu tidak memisahkan dua hati suami isteri.

5) Fikir semula apa matlamat kita sebagai suami isteri?. Kebahagiaan hidup ini, kita yang tetapkan. Jika kita rasa bahagia dengan duduk sebumbung, itulah bahagianya. Jika kita rasa bahagia duduk berjauhan, itulah bahagianya. Jika tiada lagi rasa bahagia duduk berjauhan, maka ambillah keputusan untuk duduk sebumbung dengan suami. Ps/: Bab yang ni kena fikir masak-masak kerana kalau kita dah kerja gomen ni, perlu difikir banyak kali untuk berhenti kerja dan cari kerja lain. Tambahan lagi dengan status ekonomi sekarang di mana barang-barang semua naik harga. Ye dak? Fikir-fikirkan. Moga ada jalan penyelesaian.

6) Suami isteri harus berani membuat keputusan yang tepat, bijak, dan terbaik demi rumahtangga yang kita bina.

7) Amalkan 7 T :
Tahan – Tahan daripada godaan
Tabah – Harungi segala dugaan dengan hati yang tabah
Teknologi – Gunakan teknologi untuk membina keakraba suami ister. Eg : Whatsapp / Video Call/ Call / Sms / Beli hadiah online dan poskan melalui online kepada suami isteri di hari penting / Beli bunga online dan pos ke suami or isteri secara surprise / Makan sama-sama di hadapan webcam masing-masing.
Tunggu – Tunggu pasangan kita dengan sabar
Telus – Jujur dengan pasangan dan jangan sembunyikan masalah
Tekad – Berazam dan bertekad untuk mempertahankan rumahtangga kita
Takdir – Apa juga yang berlaku, kembali semula kepada Allah SWT

8) Andai buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah SWT .  “Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku membaca istighfar lebih kurang seribu kali. Sehinggalah Allah memberikan jalan keluar untukku.” – Ibnu Taimiyyah.

9) Jika ada pilihan yang lebih baik, pilihlah perkahwinan jarak dekat. Lebih elok duduk sebumbung daripada duduk berbumbung-bumbung. Ps/: Perlu ajukan nasihat ini kepada pihak atasan yang berwajib. hihi

10) Suami isteri bolehlah amalkan Doa Nabi nuh : Surah hud ayat 47 (Doa agar Allah beri kekuatan & kesabaran) dan Doa Nabi Hud : Surah hud ayat 56 (Doa agar Allah beri kepada kita sentiasa mengikut jalan yang lurus dalam kehidupan berumahtangga)

#sue
#sekadarperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s