Cara Terbaik Kenal Pasti Jantina Bayi

Seperti yang kita tahu, jantina bayi akan mula terbentuk dalam tempoh lapan minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, jantina bayi akan terbentuk dengan sempurna. Sejajar dengan perkembangan teknologi pada hari ini, jantina bayi dalam kandungan biasanya dapat diketahui dengan tepat dan cepat.

image

Sementara itu, kaedah tradisional juga masih banyak dipraktikkan, terutamanya oleh bidan dan orang tua-tua. Apabila hamil setiap pasangan pasti akan berteka-teki tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan. Pada zaman dahulu, mungkin orang tua-tua dan bidan memberi pelbagai petua dan menggunakan teknik tertentu untuk menjangkakan jantina kandungan tersebut. Terdapat beberapa kaedah yang dapat digunakan untuk mengenal pasti jantina bayi.

Imbasan ultrasound

Imbasan ultrasound merupakan kaedah yang paling kerap dilakukan oleh ramai wanita untuk mengetahui jantina bayi mereka. Jantina bayi boleh diketahui seawal minggu ke-20 kehamilan selagi posisi bayi memberi gambaran yang jelas. Selain mengetahui jantina, sebenarnya imbasan ultrasound mempunyai fungsi yang penting dalam mengesan sebarang kecacatan pada bayi seawal mungkin.

Perubahan pada kulit wajah anda

Perubahan pada kulit ibu hamil juga antara cara yang digunakan untuk mengenal pasti jantina bayi. Sekiranya kulit ibu hamil bermasalah sepanjang kehamilan, mungkin anda sedang mengandungkan bayi perempuan. Mengikut petua dan pengalaman orang tua-tua, anak lelaki akan memberi kulit yang cantik berseri, manakala anak perempuan akan mencuri seri dari wajah anda. Kaedah ini boleh dikatakan tepat kerana ia turut disokong oleh kajian saintifik di mana wanita yang hamil anak perempuan biasanya akan mempunyai lebihan hormon. Hal inilah yang menyebabkan masalah muka berjerawat dan kulit kering atau kusam.

Kadar degupan jantung bayi

Jantina bayi juga boleh diukur dengan kadar degupan jantung bayi. Kadar degupan jantung bayi yang kurang daripada 140 kali seminit dikatakan akan mendapat bayi lelaki, manakala kadar degupan jantung yang lebih dari 140 kali seminit dikatakan akan mendapat bayi perempuan.

Tahap loya dan muntah-muntah (morning sickness)

Wanita hamil yang tidak mengalami mabuk pagi yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung sepanjang kehamilan, wanita tersebut mungkin mengandungkan bayi lelaki. Perkara in berlaku kerana, jumlah hormon yang meningkat dengan kehadiran bayi perempuan mungkin akan menyebabkan wanita hamil berasa sangat loya dan sering muntah.

Tabiat pemakanan atau mengidam

Jika anda gemarkan makanan manis seperti coklat dan aiskrim, mungkin anda mengandungkan anak perempuan. Sebaliknya, jika anda lebih suka makan makanan yang masin dan masam seperti kerepek dan jeruk, ia mungkin bayi lelaki. Kaedah ini sebenarnya amat meragukan kerana semasa mengandung, anda biasanya akan mengidam pelbagai makanan – termasuklah makanan yang pelik-pelik. Oleh itu, tentu agak sukar untuk menentukan jantina daripada corak pemakanan anda. Lagipun, belum ada kajian saintifik yang menyokong teori ini. Walaubagaimanapun, ia masih kerap menjadi bualan dan sering diperkatakan.

Carta ramalan jantina Cina (Chinese gender chart)

Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Ia kemudiannya dipamerkan Institute Sains Beijing. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Sungguhpun kaedah ini nampak agak kompleks, namun ramai yang agak berpuas hati dengan ramalan daripada carta ini. Ia mengambil kira umur wanita serta waktu atau bulan ketika mula hamil. Panduan dari carta ini menjadi ikutan beribu-ribu pasangan suami isteri seluruh dunia dan semakin popular apabila ramalan carta ini 99 peratus tepat.

Bentuk perut anda

Sebenarnya kaedah ini boleh dikatakan antara yang paling popular di kalangan keluarga, saudara, serta rakan-rakan yang turut teruja menantikan kelahiran bayi anda. Namun, ramai wanita yang berpendapat bahawa jangkaan ini tidak begitu tepat. Ini kerana, posisi bayi boleh berubah dari semasa ke semasa. Melalui kaedah ini, jika perut anda kelihatan bulat sempurna, ia menandakan bayi perempuan. Manakala, perut yang melebar dan condong ke arah atas dikatakan membawa bayi lelaki.

Garisan perut

Mengikut kaedah ini sekiranya garisan tegak dari bawah ke atas kelihatan terang dan tidak terputus-putus, maka bayi dalam kandungan anda kemungkinan lelaki dan begitulah sebaliknya bagi bayi perempuan.

#sue
#sekandarperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s