Cara Pilih Bra Ketika Hamil

Pemilihan bra yang baik sangat penting semasa anda menyusu. Ia bukan sahaja memudahkan anda menyusu, malah ia dapat memberikan sokongan kepada payudara anda supaya risiko payudara jatuh dapat dikurangkan.
Waktu terbaik untuk memilih bra menyusu adalah selepas 6 bulan usia kehamilan anda; saiz payudara anda semasa ini adalah lebih kurang sama dengan saiznya semasa anda menyusu nanti.

image

Ketika mencuba bra, pastikan anda mencuba untuk menanggalkan cup bra tersebut dan memasangnya semula dengan satu tangan seperti yang anda lakukan ketika menyusu.

Elakkan bra yang terbuka keseluruhannya ketika menyusu kerana anda terpaksa memposisikan semula payudara anda ke dalam ‘cup’ bra selepas habis menyusu.

Bra yang bagus akan menyokong payudara anda dari bawah walaupun semasa ‘cup’nya dibuka untuk menyusu.

Pilih bra dengan tali lebar kerana ia memberikan sokongan yang diperlukan.

Bra dengan ‘cup’ daripada kain kapas sesuai kerana ia baik untuk peredaran udara, tambahan lagi dengan cuaca panas. Bra yang memerangkap udara dan peluh boleh membiakkan bakteria dan membawa masalah kepada penyusuan.

Elakkan bra berdawai terutamanya pada awal-awal bersalin kerana sesetengah daripadanya boleh menyebabkan masalah susu tersumbat dan akhirnya membawa kepada masalah mastitis.

Tanggal bra anda ketika tidur untuk keselesaan yang lebih.

Berhati-hati ketika menanggalkan bra kerana puting anda mungkin melekat pada bra dan boleh menyebabkan ia tercedera.

Pastikan bra yang anda pilih dapat ‘memegang’ nursing pad dengan baik.

Butang belakang bra anda sepatutnya dibutangkan di bahagian tengahnya. Jadi anda boleh membesarkan atau mengecilkan saiznya.

Anda sepatutnya ada sekurang-kurangnya tiga helai bra. 1 dipakai, 1 dibasuh, dan 1 dalam laci.

#sue
#sekadarperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s