Tips Kurus Selepas Bersalin

~Mesti ramai ibu yang suka kan… kalau ada lagi yang nak tambah boleh syer kat ruangan komen..

image

BERPANTANG

Berpantang secara tradisional. Wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

PEMAKANAN

Jumlah dan kualiti makanan yang diambil selepas proses melahirkan anak memberikan impak yang besar kepada berat badan dan kesihatan anda.

Sewaktu berpantang, penting untuk anda untuk tidak mengambil makanan yang menggemukkan. Makanan yang disyorkan adalah ulam-ulaman dan masakan yang menggunakan rempah-ratus.

Elakkan makanan yang pedas, gatal, berminyak, gula dan berlemak, makanan yang diperbuat dari gandum seperti roti dan bijirin, serat dan hasil tenusu. Amalkan pemakanan diet rendah lemak, vitamin dan mineral tetapi kaya dengan gentian. Pandangan pakar diet dan pemakanan adalah jalan terbaik untuk dapatkan pengetahuan yang secukupnya sebelum memulakan sebarang program diet.

PENYUSUAN

Susukan bayi anda, pasti berkilo-kilo kalori dapat dibakar dalam sehari. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.Ada juga yang masih tidak kurus walaupun sudah susukan anak tetapi anda jangan putus asa.

Bagi yang memalui tahap ini, anda sebenarnya perlu usaha lebih daripada orang. Bukan tidak berkesan dengan cara ini, tetapi ambil masa sedikit. Mungkin jenis metabolisma rendah jadi pembakaran kalori lebih lambat.

BERENANG

Mengamalkan berenang pada waktu pagi. Berenang adalah cara paling mudah untuk ‘menghapuskan’ kalori dalam badan.

Dengan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, aktiviti ni akan lebih membentuk otot badan. Anda juga tidak akan merasa cepat penat, malahan peluh juga tiada.

#sue
#sekadarperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s