Perkara Wajib Kena Tahu Ketika Hamil

Kehamilan merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan luar biasa dalam kehidupan wanita. Pelbagai perasaan yang timbul ketika ini ditambah dengan pengalaman membawa satu nyawa untuk dilahirkan ke dunia ini. Seorang wanita yang sudah bersedia menjadi ibu untuk menjalani proses kehamilan ini perlu mengambil tahu banyak perkara berkaitan dengan kehamilan. Berikut antara perkara yang perlu anda ketahui berkaitan persoalan tentang dunia kehamilan.

image

Waktu Wanita Mula Hamil, Masa Subur Dan Pusingan Haid

Persenyawaan berlaku apabila sel telur yang sudah matang bertemu sperma. Melalui proses ovulasi, sel telur matang akan dilepaskan dan mempunyai hanya beberapa hari saja untuk disenyawakan dan peluang berlakunya kehamilan. Terdapat beberapa tanda yang menentukan bilakah wanita sedang mengalami proses ovulasi atau waktu suburnya. Antaranya perubahan kekentalan cecair vagina dan suhu badan yang berubah ketika bangun tidur. Ketika ovulasi cairan vagina lebih jernih dan tidak mudah pecah apabila diregangkan. Perubahan suhu badan pula cenderung lebih tinggi daripada kebiasaannya. Tidak banyak perubahan yang dapat dirasakan pada awal kehamilan berlaku. Ia boleh dikenali melalui tanda tidak lagi datang haid, payudara terasa sakit dan menegang, keletihan, peningkatan kekerapan membuang air kecil atau gejala morning sickness seperti mual dan muntah.

Pengambilan Vitamin Tambahan

Untuk wanita hamil, vitamin prenatal (vitamin khas untuk ibu hamil) lebih baik daripada vitamin biasa kerana ia khas untuk memenuhi keperluan gizi untuk proses kehamilan. Apabila hamil, anda perlu mengambil tahu vitamin dan gizi penting yang diperlukan tubuh. Kekurangan gizi tertentu boleh menjejaskan kehamilan. Pada masa kini, terdapat pelbagai pilihan vitamin untuk wanita hamil yang ada di pasaran. Doktor juga selalunya akan membekalkan anda dengan vitamin penting untuk kesihatan kehamilan anda. Jangan merancang sendiri pengambilan vitamin tertentu. Kesihatan kehamilan bukan bergantung lebih banyak vitamin yang anda ambil akan menjadi lebih sihat, sebaliknya hanya dos yang diperlukan oleh tubuh sahaja. Sesetengah vitamin jika diambil secara berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap bayi dalam kandungan. Kerana itu adalah penting untuk anda sentiasa mendapatkan pandangan doktor bagi mengetahui dos yang sesuai dengan keperluan tubuh mengikut keadaan dan kesihatan anda.

Kepentingan Asid Folik

Selalunya wanita yang merancang ingin hamil akan disarankan mula mengambil asid folik sebelum kehamilan bermula dan diteruskan sepanjang tempoh kehamilan. Asid folik amat penting untuk wanita terutama pada saat awal kehamilan. Fungsi utamanya adalah untuk mencegah kecacatan bayi seperti kesumbingan pada bibir, mulut dan lelangit selain mengelakkan perkembangan otak janin yang tidak normal. Beberapa makanan seperti hati dan sayuran hijau mengandungi asid folik namum ia tidak mencukupi bagi wanita hamil yang amat memerlukannya untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Kerana itu pengambilannya amat penting sejak awal kehamilan. Malah asid folik turut disarankan pengambilannya oleh wanita yang tidak hamil kerana kebaikannya dari sudut kesihatan.

Pertambahan Berat Badan Normal Ketika Hamil –

Pertambahan berat badan semasa hamil secara purata lebih kurang 13kg. Jumlah ini termasuk berat janin, plasenta, cecair ketuban, rahim yang membesar, pembesaran payudara dan peningkatan cecair dalam tubuh ibu hamil. Selebihnya adalah pertambahan lemak pada tubuh si ibu. Cadangan pertambahan berat yang sesuai sepanjang kehamilan ialah antara 7 – 18kg untuk mereka yang berat badan di bawah paras normal (terlalu kurus) sebelum kehamilan, 7 – 16kg untuk wanita dengan berat normal sebelum kehamilan dan 7 – 12 kg untuk wanita dengan berat badan berlebihan sebelum kehamilan. Kenaikan berat yang keterlaluan ketika hamil berisiko membuat anda melahirkan bayi yang besar selain mengalami masalah obesiti selepas melahirkan anak. Manakala jika pertambahan berat terlalu sedikit pula, ia berisiko melahirkan bayi pramatang atau bayi mengalami masalah kekurangan berat badan.

Stress Semasa Hamil

Stress atau tekanan ketika hamil mudah dialami oleh wanita hamil dan ada kaitan dengan faktor hubungan di sekelilingnya seperti dengan keluarga dan teman-teman. Sesuatu kejadian yang tidak terduga seperti berita buruk dan tuntutan pekerjaan turut menjadi punca utama wanita hamil mudah stress. Gejala stress seperti rasa cemas, lelah, takut, sedih, marah atau berduka boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan tekanan darah tinggi yang juga berisiko menyebabkan bayi bermasalah. Tambahan pula dengan keadaan tubuh wanita yang dalam proses kehamilan, memang agak sukar menangani stress dalam waktu ini. Beberapa cara seperti mendekatkan diri kepada tuhan, kaunseling, berhibur dengan orang tersayang antara cara untuk membantu wanita hamil menangani stress. Paling penting adalah sokongan daripada orang-orang yang disayanginya seperti suami dan ahli keluarga untuk membantu mengatasi stress yang timbul.

Makanan Mentah

Penting untuk diketahui bahawa pengambilan makanan mentah atau separuh mentah seperti sushi dan telur separuh masak haruslah dielakkan oleh wanita hamil. Tambahan pula ikan mentah adakalanya mengandungi parasit seperti cacing pita yang boleh menyebabkan penyakit. Makanan seperti ikan dan daging haruslah dimasak hingga benar-benar masak agar segala parasit di dalamnya mati.

Urutan Ketika Hamil

Urutan lembut ketika hamil banyak membantu untuk menenangkan dan memberi kelegaan kepada wanita hamil. tetapi bukan bermakna anda boleh mendapatkan urutan begitu saja kerana untuk wanita hamil, ada teknik urutan tertentu yang sesuai dengan perubahan fizikal ibu hamil. Oleh itu dapatkan mereka yang benar-benar arif tentang urutan untuk wanita hamil. Selain itu pasangan juga digalakkan mengurut lembut tubuh isteri terutama bahagian yang sakit seperti kaki dan pinggang. Selain membantu melgekan kesakitan, ia juga mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Elakkan Kucing

Kucing memang haiwan peliharaan yang comel. Namum semasa hamil elakkan dari mendekati haiwan ini. Kuman yang ada pada kucing boleh mencacatkan janin malah boleh menyebabkan keguguran.

Elakkan Alkohol

Elakkan makanan atau minuman mengandungi alkohol. Ia boleh memasukki darah.

#sue
#sebuahperkongsian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s