Gejala Cirit Birit Semasa Hamil

constipation
Cirit-birit yang berlaku secara tiba-tiba disertai dengan gejala seperti kekejangan pada bahagian perut & berangin, diikuti dengan demam, sakit otot, muntah-muntah serta lesu, boleh membuatkan ibu hamil panik. Mereka khuatir jika gejala yang dihadapi akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung terutamanya jika cirit-birit dialami berpanjangan.
Punca cirit-birit :
Masalah cirit-birit disebabkan oleh banyak faktor antaranya makanan. Ibu hamil yang mengambil makanan tertentu atau makanan yang tidak sesuai bagi dirinya mudah mengalami masalah ini. Contohnya alahan pada makanan yang sangat berlemak, pedas ataupun makanan yang banyak serat serta penuh dengan bijirin. Ia juga disebabkan botulisme akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh kuman Clostridium botulium. Ia dikaitkan dengan penyediaan makanan yang tidak bersih & juga makanan bertin. Selain itu, jenis cirit-birit kronik sukar dikenalpasti puncanya. Ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh & gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit yang kerap selama lebih dari 2 minggu.
Rawatan :
Usah takut jika anda menghadapi masalah cirit-birit. Selagi anda sihat, badan anda mempunyai banyak kaedah pertahanan semulajadi yang dapat melindungi bayi dalam kandungan. Walaupun ibu hamil mengalami cirit-birit & muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi. Namun begitu, kesihatan anda sendiri mungkin akan terjejas. Lakukan perkara berikut sekiranya anda mengalami cirit-birit :
1. Minum air atau cecair yang jernih sebanyak yang boleh. Jika anda dapati sukar untuk mengekalkan cecair dalam badan kerana tidak berselera, minumlah sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman. Boleh juga minum jus & makan sup untuk menaikkan selera.
2. Makanlah sebaik sahaja anda berselera kembali. Anda harus makan, walaupun sakit perut & cirit-birit. Makanlah sedikit-sedikit tetapi kerap. Cubalah makan makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
3. Cuba minum yogurt atau minuman yang mengandungi probiotik setiap hari untuk membantu memulihkan semula sistem pencernaan anda.
Waspada ambil ubat :
Wanita hamil mengalami cirit-birit, jangan ambil ubat anti cirit-birit seperti Imodium. Lebih selamat jika anda mengambil garam nyahhidrat seperti Dioralyte. Jika anda tidak pasti sama ada satu-satu ubat itu selamat diambil semasa hamil, periksalah dahulu dengan doktor atau ahli farmasi. Hubungi doktor anda secepat mungkin jika anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami ternyahhidrat dengan teruk & demam.
Penjagaan kebersihan :
1. Cuci tangan anda sebersih-bersihnya selepas masuk ke tandas.
2. Sebelum anda menyediakan, menghidang makanan atau sebelum makan, pastikan anda mencuci tangan.
3. Pastikan tandas anda dibersihkan dengan cecair pencuci anti bakteria.
4. Bersihkan juga pemegang pam, sinki, kepala paip, tombol pintu & permukaan lain di bilik air dengan air panas & cecair pencuci.
5. Pastikan tuala anda tidak dikongsi dengan ahli keluarga yang lain. Lebih baik jika setiap ahli keluarga menggunakan tuala yang berlainan.
6. Dengan mengikut setiap tip kebersihan di atas, anda dapat melindungi diri daripada mendapat jangkitan yang sama pada masa hadapan. Dengan mencuci tangan sahaja pun anda dapat mengurangkan kemungkinan mendapat cirit-birit. Jangan lupa untuk mencuci tangan anda selepas berkebun, memasak atau menyentuh haiwan peliharaan.
 Ketahui bagaimana shaklee mengurangkan cirit birit?

Jika berminat, hubungi saya untuk nasihat bagaimana suplemen dapat membantu anda.

Ingin menjana wang 4 angka sebulan hanya dari rumah?

Nur Suzilla
“Saya pilih nutrisi yang terbaik”
SMS/Whatapps:0199188605

FB: Nur Suzilla
pengedarshakleemalaysia@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s