Bagaimana Kontraksi Berlaku Yang Sebenarnya

img_4952

Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada kesakitan yang dialami ialah kontraksi sebenar atau palsu.

Jadi, ketahui ciri-ciri kontraksi yang tulen agar anda tidak tertipu.

  • Pengecutan otot rahim akan bergerak daripada bahagian atas rahim hingga ke bahagian bawah rahim.
  • Kesakitan mungkin boleh bermula daripada bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya.
  • Ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti sakit senggugut ketika haid.
  • Jika anda berjalan, sakit akan terasa lebih kuat.
  • Tempoh kontraksi boleh dikira dengan cara meletakkan tapak tangan pada bahagian puncak rahim bagi mengesan pengecutan rahim.

Jika didapati kontraksi yang dialami adalah palsu, maka anda digalakkan untuk berjalan perlahan-lahan atau mengubah kedudukan anda sama ada ketika itu duduk atau berbaring.

Biasanya, lama-kelamaan ketidakselesaan yang dialami akibat kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya. Hal ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat. Beringatlah bahawa kontraksi sebenar adalah tetap, semakin kerap dan ia banyak tertumpu di bahagian pelvis ibu.

Sekiranya anda dan bayi berada dalam keadaan yang baik, bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran yang bakal berlaku. Kurang daripada 3sm menunjukkan bahawa anda berada dalam peringkat awal proses bersalin. Manakala bukaan pangkal rahim melebihi 3sm pula menandakan proses aktif telah pun bermula.

Bagi mengatasi rasa sakit bersalin, lazimnya doktor akan mencadangkan beberapa jenis kaedah penahan sakit yang bersesuaian. Ketahuilah bahawa bagi kehamilan pertama, bukaan pangkal rahim akan berlaku dalam anggaran satu jam bagi setiap 1sm.

 

Salam Sayang,

Sue

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s