Menyusu ditengah malam

suzilla shaklee1

“Aduh letih mama dibuatnya bila baby asyik bangun tengah malam nak menyusu.” Mungkin itu antara dialog yang sering diucapkan oleh kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak.

Ada beberapa sebab bayi anda bangun untuk disusukan. Dia mungkin dahaga, lapar, tumbuh gigi, sejuk atau tidak sihat. Dia juga mungkin mahu lebih makanan di waktu malam kerana kurang menyusu waktu siang. Jangan terkejut kerana mungkin juga si kecil hendak menyusu kerana mahukan ‘melekat’ di badan ibu yang hangat.

Pada usia enam bulan, bayi sudah mencapai tahap perkembangan yang penting di mana pola siang atau malam seharusnya sudah dikenali secara semulajadi. Masa tidur bayi sepatutnya sekitar jam 7 atau 8 malam tetapi dia mungkin masih mahukan astu lagi penyusuan sebelum atau selepas jam 12 tangah malam.

Ada juga bayi yang bangun untuk menyusu pada jam 2 atau 3 pagi. Jika bayi bangun untuk menyusu sekitar jam 5 atau 6 pagi, itu bukan dianggap sebagai penyusuan malam.

Mungkin ibu boleh mula mendisiplinkan bayi tentang waktu penyusuannya bagi mengurangkan masa dia bangun tengah malam untuk menyusu. Berikut adalah tip yang boleh diamalkan:

*Amalkan penyusuan atas permintaan (berikan susu kepada bayi apabila dia kelihatan lapar, dan bukan mengikut jadual).
*Galakkan penyusuan yang lebih di siang hari.
*Pastikan bayi anda disusukan dengan baik dan mendapat jumlah yang mencukupi.
*Belajar mengecam isyarat bayi yang menunjukkan dia kelaparan. Adakah dia membuka dan menutup mulut secara pantas? Atau dia mungkin mula meragam dan memasukkan jari ke dalam mulut. Setelah memahami isyarat lapar bayi, anda tidak akan keliru dengan isyarat yang menunjukkan ketidakselesaan atau perkara lain (bayi anda mungkin terjaga sebab dia basah dan mahu ditukarkan lampin) di tengah malam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s