Sakitnya Bengkak Susu

Salam semua…

 

Hari ini sue nak berkongsikan berdasarkan pengalaman sendiri. Aik.. jangan terkejut kerana kebanyakkan ibu2 muda melaluinya. Almaklumlah…tak biasa bukan? Bengkak susu biasanya terjadi selepas 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Tetapi selepas itu, ia akan hilang sendirinya.

Ia hanyalah sementara tetapi cuba kita fikir secara +. Kalau berlakunya bengkak susu, bermakna bermulalah penghasilan emas putih yang sangat sangat bagus untuk baby kita.

 

Sakit ke?

 

Soalan seperti ini pastinya mendatangkan amarah kerana ia betul2 sakit 🙂 Sudahlah terasa kekok nak menyusu dan sambil menyusu plop, rasanya macam argh… Demi Allah, ia sememangnya menyakitkan.

Tetapi ini adalah sebuah pengorbanan yang harus sue lalui.

Demi kebaikkan baby kita, mahu tak mahu, ia lah jalan yang WAJIB dilalui.

 

Apa yang sue pelajari sue harus kongsikan. Jom kita buat research apa itu bengkak susu dan pastinya sue mahu tahu sangat bagaimana kurangkan bengkak susu? Sudah tentu bukan?

 

Bagaimana bengkak susu terjadi?

 

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

 

Tapi pada masa inilah ibu2 semua tak faham konsep demand & supply. Masa bila nak bagi dan masa bila harus memberikan susu.

 

Bagaimana nak kurangkan bengkak susu?

Sudah tentu ada caranya nak kurangkan. Ini adalah note yang sue ambil daripada babycenter.com.
Agak panjang dia punya penjelasan tetapi ia bagus untuk kita praktikkan.
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

 

  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

 

  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

 

  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

 

  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

urutanperahansusu2

 

  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.

 

  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

 

  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.
Bagaimana Shaklee boleh membantu?

 

Ya, sudah tentu ada caranya. Jawapannya adalah Lecithin. Kenapa? Ini kerana:

lecithin2 copy

Kesannya… sue berjaya kurangkan bengkak susu dan sekarang ia tidak lagi menghatui sue Yeah!

 

 

 

Perkongsian ini belum berakhir: Anda dijemput baca artikel penyusuan untuk kebaikan bersama:

  1. 9 Tips Banyakkan Susu Ibu

  2. Set Penyusuan Shaklee Berbeza Dengan Yang Lain

  3. Ingin Kurus Ketika Mengusukan Anak

  4. Keperluan Ibu Menyusu Di Tempat Kerja

  5. Urutan Payudara Tambah Susu

 

 

 

 

 

Jika berminat, hubungi saya untuk nasihat bagaimana suplemen dapat membantu anda.

Ingin menjana wang 4 angka sebulan hanya dari rumah?

Nur Suzilla
“Saya pilih nutrisi yang terbaik”
SMS/Whatapps:0199188605

FB: Nur Suzilla
pengedarshakleemalaysia@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s