Masalah Biasa Ketika Mengandung | Set Kehamilan Shaklee

Salam semua…

Masalah ketika hamil sesuatu yang perlu dilalui oleh setiap ibu. Bukan ingin menakutkan tetapi itu adalah lumrah setiap kehamilan.

Sue listkan dibawah, sudah pasti ada yang terkena/dialami oleh anda.

pregnancy-back-pain

 

Antara masalah yang lazim dihadapi semasa kehamilan adalah:

 

Bengkak Kaki / Edema

Sebenarnya begkak kaki ni adalah tanda kehamilan. Bengkak kaki sahaja tanpa masalah yang lain tidak akan membahayakan ibu dan bayi dalam kandungannya. Namun sekiranya disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan ibu itu menghidap penyakit toxemia. Pastinya boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan yang sewajarnya tidak diberi. Sebab tu bila routine check up kat klinik mesti ada ujian darah dan air kencing untuk ibu mengandung kan?
 
So untuk kurangkan masalah bengkak kaki ni biasanya si ibu perlu berehat yang secukupnya, kurangkan bergerak atau berdiri dalam jangka masa yang lama, dan tinggikan posisi kaki semasa tidur.
 

HB Low

HB low adalah satu lagi masalah yang selalu dihadapi oleh ibu mengandung. Tapi bila dah bersalin elok je jadi normal.

So ibu-ibu kena banyakkan ambil makanan yang mengandungi zat besi, atau boleh juga pertimbangkan untuk mengambil supplement untuk memastikan sukatan zat besi yang diperlukan mencukupi.

 

Pedih Ulu Hati / Heartburn

Pedih ulu hati ni jadi disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Semasa hamil, perjalanan usus menjadi lebih lembap dan uterus yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung.
 
So ibu2 sila pastikan minum susu dan makan secara sedikit dengan kerap untuk mengelakkan perut kosong. Sekiranya masalah menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memakan ubat yang mengandungi antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate. Apapun sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
 

Sakit Pinggang dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil dan semakin teruk seiring peningkatan usia kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi, juga postur yang kurang baik akibat kandungan yang kian membesar.
 
Ibu2 boleh mengurangkan sakit tersebut dengan berehat sebanyak mungkin, kurangkan berdiri dan berjalan2. Kebiasaannya sakit ini akan hilang selepas bersalin. Jadi para suami bantulah ibu dengan mengurut2 badan ibu.
 

Tegang/Kejang Otot

Tegang/kejang otot berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkatkan semasa kehamilan, juga kekurangan kalsium dalam darah.
 
Biasanya doktor akan membekalkan pil kalsium bagi mengatasi masalah ini, juga memberi manfaat kepada bayi untuk perkembangan tulang dan gigi.
 

Kulit Perut Pecah

Haish memang pening kepala la bila ada kesan kulit perut pecah ni. Juga lebih dikenali sebagai stretch marks disebabkan oleh perut yang semakin membesar semasa kehamilan. Kebiasaannya kesan stretch marks ini akan menjadi lebih teruk seiring dengan meningkatnya usia kehamilan. 
 
Berlakunya stretch marks ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon mengandung yang menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah. Kedua, pertumbuhan dan pembesaran rahim yang merenggangkan tisu di bawah kulit mengakibatkan kulit perut pecah dan meninggalkan kesan yang buruk pada kulit.
 
Ibu2 digalakkan mengambil protein yang banyak bagi mengurangkan kesan stretch marks. Ini kerana protein menggalakkan pertumbuhan sel2 baru badan.
 

Keputihan

Merupakan salah satu masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil. Keputihan ini disebabkan oleh hormon kehamilan, juga jangkitan kuman pada saluran vagina. Sangat tidak selesa jika ada keputihan ni sebab akan ada lelehan cecair dari vagina dan biasanya akan disertai oleh rasa gatal dan berbau.
 
Kuman yang kerap menjangkiti vagina ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Rawatan boleh dilakukan dengan mengambil suntikan dan juga antibiotik…bergantung kepada konsultasi doktor. Disamping itu, penjagaan kebersihan vagina hendaklah diberi perhatian yang rapi.
 

Berat Badan Berlebihan

Har ini adalah masalah yang selalu menghantui ibu yang hamil kan. Senang naik tapi nak turunkan balik macam masa zaman anak dara memang payah. Naik berkilo2 pulak tu. So ibu2 kenalah sentiasa menjaga pemakanan dan amalkan diet yang sihat dan seimbang.
 
 

Masalah Kencing

Semasa kehamilan, kedudukan kepala bayi yang menekan pundi air kencing menyebabkan ibu kerap kencing. Namun, kekerapan membuang air kencing ini juga adakalanya disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering terjadi semasa kehamilan.
 
Maka, penting untuk ibu yang hamil untuk membuat pemeriksaan kerana dikhuatiri kencing yang kerap itu disebabkan oleh jangkitan kuman. Sekiranya kencing kerap disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing tidak dirawat sebaiknya, ia akan merebak ke buah pinggang dan seterusnya membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.
 

Masalah Tidur

Dengan keadaan dan saiz perut yang semakin membesar, masalah sukar untuk tidur lazim berlaku. Apa saja yang dilakukan serba tak kena..sakit belakang la, punggung la…maka ibu dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan berdoa agar diringankan kesakitan yang dialami.
 
Walaupun pelbagai masalah yang ibu tempuhi, tempoh kehamilan adalah waktu yang indah dan dinantikan oleh ibu2. Disaat kelahiran bayi yang ditunggu2, segala sakit dan penat lelah akan hilang tatkala melihat wajah bayi yang tersayang.

Jika berminat, hubungi saya untuk nasihat bagaimana suplemen dapat membantu anda.

Ingin menjana wang 4 angka sebulan hanya dari rumah?

Nur Suzilla
“Saya pilih nutrisi yang terbaik”
SMS/Whatapps:0199188605

FB: Nur Suzilla
pengedarshakleemalaysia@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s