Bayi Tumbuh Gigi | Apa Yang Perlu Tahu?

image

Pertumbuhan gigi bayi anda

Pertumbuhan gigi bukan suatu tahap perkembangan yang dicapai oleh bayi sekaligus. Peralihan dari senyuman bergusi ke sebuah mulut penuh dengan gigi adalah perjalanan yang akan mengambil masa tiga tahun pertama anak anda.

Perjalanan itu bermula dari dalam rahim lagi. Ketika anda mengandung, kudup gigi bayi anda telah berkembang. Ini ialah asas bagi gigi bayi (juga dikenali sebagai gigi susu). Kudup-kudup itu akan menembusi permukaan gusi di antara usia tiga bulan dan 12 bulan.

Kemunculan gigi pertama adalah tanda yang menunjukkan bayi anda sedang membesar. Anda biasanya akan melihat gigi pertamanya pada sekitar usia enam bulan. Ketika ini jugalah biasanya diet si kecil mula merangkumi makanan pejal.

Apabila dia mencapai usia tiga tahun, dia sudah ada mulut yang dipenuhi gigi yang dia boleh berus (dengan sedikit bantuan daripada anda) – satu langkah asas ke alam penjagaan diri.
Bila pertumbuhan gigi berkembang
Satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua! Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam atau tujuh bulan. Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi, puncak putih (biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga, sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun.

Gigi yang terakhir (gigi geraham kedua, terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.

Pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi.
Bagaimana ia berkembang
Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar.

Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.
Apakah perkembangan seterusnya?
Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.
Bagaimana anda boleh membantu
Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula.

Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.

Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.

Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.
Bila anda harus bimbang
Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.

Cara Jaga Bayi Baru Lahir

image

1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan. Untuk memudahkan cara letak bayi dalam bekas mandi cetek, di mana bayi boleh dibaringkan.

2) Sebelum mandi, sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.

3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ‘alcohol swab’ yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain.

4) Tuam perut dan ari-arinya dengan tungku baby. Panaskan tungku baby dengan meletak di atas tungku ibu yang panas atau letak di atas belanga/seterika. Cara lain tuam menggunakan daun sirih yang telah dipanaskan. Ini penting untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.

5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak angin bayi untuk beri keselesaan kepadanya. Ini penting untuk mengelak perut bayi kemasukkan angin dan menyebabkan kembung.

6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.

7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa. Baju kain kapas adalah disarankan kerana pengudaraan adalah lebih baik dan tidak panas.

8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan kulit bayi melecet dan tumbuh ruam lampin.

9) Bayi yang baru lahir sehingga berusia sebulan lebih tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya.

Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.

10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya.

Namun jika cuaca panas, elakkan berbedung. Ini kerana boleh menyebabkan bayi demam dan tumbuh ruam panas.

11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.

12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena. Jangan biarkan bayi tidur lama, ini penting untuk mengelakkan jaundis.

Bayi memerlukan cecair untuk mengeluarkan bilirubin yang menyebabkan jaundis melalui air kencing dan najis. Tinggikan kepala bayi ketika menyusu bagi mengelakkan tersedak susu.

Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Namun adalah baik, jika puan terus menyusukan bayi selama 2 tahun.

13) Untuk Penjagaan Kulit Bayi yang sihat, para ibu disarankan menggunakan produk bayi organik, yang semulajadi tanpa kimia bahaya. Ini kerana kulit bayi yang nipis dan sensitive itu mudah mendapat allergi dan eczema.

Salam sayang
Sue

Bayi Saya Menangis Waktu Maghrib

image

Saya baru habis pantang and smlm baru balik ke umah sewa di alor setar..ank saya duk teriak menangis dr smlm sampai hari ni..mcm2 saya dh buat..ayat kursi pun dh baca..mintak tlg jasa baik kalian..kalau ada tmpt untk berubat cara islam di kawasan alor setar tlg maklum kn..jasa amat hargai ..

1) Sis bby saya x nangis sis…tapi tdo x lena…tangan mcm menepis2…mcm ade org nak kacau die..cepat terperanjat. Saya cari bidan kg…ada ‘benda’ yg ikut bby saya. Berurut ngan minyak lada hitam….ngan bekalan air surah alhamdulilah baby pulih. Cuma bila ayah pulang rumah maghrib singgah sembahyang  di surau baru  balik ke rumah

2) psg rukyah on dr msuk senja smpai subuh.n cr ustaz tlg pgr rmh.n suruh suami azan dlm rumah.kami dh buat sblm bwk ank masuk rmh sewa.alhmdulillah.ok

3) Suruh suami renjiskan air yasin kt dinding rumah ikut arah lawan jam setiap 3x maghrib menghala ke pintu utama rumah. Pintu tu biar terbuka. Dh setel kja bru tutup.

4) Sis bukak kan surah ruqyah. Surah al-baqarah. Bukak jela kat mp3..pasng biar kuat kuat.mntk suami azan setiap pnjuru rumah bukak pntu mase azan tu.. Dan amalkan 2 doa nii

5) Sy pn mcm tu gak sis.. Pe yg sy wat kerap baca al fatihah, ayat kursi.. Kdg2 baby ni dia mcm “panas” kat umah br suasana br jd amik ms sikit mlm mmg akn berjga je..bacakan yassin sll in Sha Allah baby lama2 ok..

Sue

Mandi Nifas Selepas Berpentang? Musykil

32d24-cara2bmenyusui2bbayi

saya nak tahu..setelah habis berpantang selama 44 hari…yang mana perlukan dahulu ya…
Adakah yang pertama (1)mandi hadas besar dahulu (2)mandi hadas kecil kemudian baru(3)mandi nifas…? Boleh tolong jelas kan pada saya tak..tapi darah nifas saya masih belum habis lagi…dan sertakan niat sekali..tq semua yang membantu….

  • Dulu sy igt kene mandi 2x. Mandi slps bsalin ( wiladah ) pastu dh hbs nifas. Mandi lg skli ( mandi nifas)

    Lps tu sy tanya seorg ustaz. Dia ckp boleh sekalikan kdua2 mandi ni. Sbb wlau kita mandi wiladah pun. Kita masih tak boleh lakukan ibadah spt baca quran. Solat. Puasa dll. Lgpn kita dlm keadaan yg x larat. Trutama nye klau czer.

  • Mandi hadas besar cara semua sama je cuma niat lain. Niat je tukar. Mandi haid ke wiladah ke nifas ke. Untuk kes ni niat untuk nifas la.sahaja aku mandi wajib nifas kerana allah taala
  • Mandi hadas besar same je cara,niat shj ubah smada kerana haid,wiladah(melahirkan),nifas,atau janabah(junub).

    Adapun mndi wiladah bg wanita yg tiada darah nifas atau putus darah nifas nye sejurus melahirkn.maka wajib mndi bg nya dan amalan wajib yg lain spt solat,puasa dsbgainye..

    Dan kebiasaan stiap wanita yg mlhirkn akn disusuli dgn darah nifas,so bile kering drah nifas mcm haid tu,wajib mndi dan amalan2 wajib lain spt solat,puasa n sbgainya.

    Adapun hadas kecil,tiada mandi(setahu pengetahuan sy).hanya mgambil wuduk shj.

  • Mandi nifas tu mandi hadas besar la. Mandi nifas hanya boleh mandi stelah darah nifas kering tak kira lah pada hari ke berapa. Klu darah nifas kering lbih awal, lebih awal la sis kena mandi. Pantang 44 hari hanya pntang utk ksihatan dan kebaikan diri kita je, bkan 44 hari bru kena mandi nifas. Sis buluh rujuk video ustaz2 kat u tube. Banyak jawapan tntang nifas dan wiladah.

Cara Melembatkan Rambut Bayi

wpid-mitos-mitos-seputar-asi-dan-ibu-menyusui.jpg

anak sy rmbut die lambt lebat dh 10 bln da..kwan sy syorkan pakai minyak bijan..bolEh ke pakai minyak to..ada sape2 yg prnah pakai x utk lebtkn utk baby

  1. Normal je tu….anak saya dulu pun lahir rambut x lebat,kena rajin sapu minyak rambut je kat rambut baby,lama2 bila baby dah besar rambut tu akan lebat sendiri….saya guna minyak carrie junior
  2. y gune mnyak kelapa dara d herbs je.alhamdulillah lebat.lps cukur lmbt sngt naik.smpi 6bln pun halus2 je tmbuh.lps ltk selawat dlu.lebat da skrg
  3. Rambot anak saya pon xnak tumbuh sampai dia 7bulan.saya lumur minyak zam zam..ada jual kat Mydin.lumur dari umur 4bulan..masuk je 8bulan rambot naik lebat trus saya stop dah.minyak zam zam ni org india pon pakai utk lebatkan rambot.diperbuat dari minyak kelapa.tryla sis.
  4. try sapu mnyk zaitun inylah rmbut cpt lbat anak sy rmbut dpn lebat rmbut belakang makan bantal sy sapu mnyk zaitun khusus tok rmbut alhamdulilah rmbut belakang dh lebat
  5. Bby oil tropika.

Cabaran Dalam Penyusuan

Penyusuan berkesan adalah kombinasi kesabaran, teknik yang bagus dan ketekunan. Kali ini, kami bincangkan beberapa cabaran yang biasa dihadapi oleh para ibu ketika menyusukan dan cadangan penyelesaiannya.

Langkah awal
Hampir semua cabaran penyusuan mempunyai punca dan penyelesaian yang sama. Sebelum menelitinya, perhatikan perkara berikut bagi mengelakkan cabaran-cabaran tersebut:
1. Dapatkan nasihat cara dan posisi penyusuan yang betul
2. Elakkan pakaian ketat dan baju dalam berwayar
3. Elakkan penggunaan sabun
4. Pastikan menyusu mengikut jadual tanpa terlepas
5. Susukan bayi dengan lebih kerap dan selama mungkin
6. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara setiap kali
7. Pastikan puting susu kering selepas menyusu
8. Gunakan pad payudara tanpa plastik bagi membolehkan aliran udara dan tukar dengan kerap
9. Pakai pakaian dalam daripada kapas
10. Rehat secukupnya
11. Minum air dengan banyak – 10 gelas sehari
12. Makan makanan seimbang
13. Panaskan payudara sebelum menyusu dengan kain panas atau mandian air panas
14. Sapukan susu ibu pada puting susu untuk melembutkannya dan mengelakkan jangkitan kerana susu ibu mempunyai antibiotik. Lakukan sebelum dan selepas penyusuan.

Bayi tidak mahu atau sukar menyusu
Adakalanya bayi tidak selesa dan resah menyebabkan dia tidak dapat menyusu. Ini mungkin disebabkan oleh kedudukan bayi serta mulut dan puting susu yang tidak melekat dengan betul. Dapatkan nasihat penyusuan daripada pakar.

Puting susu terasa sakit
Kebiasaannya, menyusu tidak menyebabkan kesakitan. Jika terasa sakit, ceraikan puting susu daripada mulut bayi dengan memasukkan jari di tepi mulut bayi dan mulakan penyusuan semula. Jangan biarkan bayi terus menyusu sedang anda menahan sakit. Perhatikan perkara berikut:
• Pastikan bayi anda tidak menggigit puting susu.
• Sapukan lanolin selepas menyusu
• Bertukar-tukar kedudukan ketika menyusukan

Puting susu merekah
Bagi puting susu yang merekah, sapukan lapisan nipis paraffin putih yang lembut atau lanolin yang ditapis. Sapukan bahan ini pada rekahan sahaja (bukan keseluruhan puting susu) untuk membantu pemulihan dan mengelakkannya berkuping.

Saluran susu tersumbat dan mastitis
Bekalan susu berlebihan boleh terkumpul dalam payudara atas beberapa sebab. Tempat terkumpulnya susu inilah yang biasanya menyakitkan. Lakukan pemeriksaan jika anda merasakan sedang mengalami perkara ini kerana jika dibiarkan ia boleh menyebabkan jangkitan atau radang payudara (mastitis). Beberapa tanda-tanda mastitis termasuk:
• payudara terasa panas dan membengkak
• tompokan merah pada kulit yang keras dan sakit bila disentuh
• terasa tidak sihat umpama ketika menghidap selsema
• badan terasa sakit-sakit dan penat
• suhu badan meningkat
• nanah atau darah pada susu

Keadaan di atas boleh berlaku secara tiba-tiba dan menjadi teruk dengan cepat. Sangat penting untuk teruskan penyusuan kerana ia mempercepatkan pemulihan. Lakukan juga perkara berikut:
• Susukan bayi pada payudara yang bengkak dahulu
• Jika terasa ‘penuh’ selepas menyusu, keluarkan susu secara manual
• Ketika menyusu, urut bahagian yang bengkak ke arah puting susu
• Jika dibenarkan, ambil ubat tahan sakit
• Elakkan tidur meniarap

Mastitis mungkin juga tanda jangkitan. Jika tiada perubahan selepas 12 hingga 24 jam dan anda rasakan keadaan menjadi semakin teruk, hubungi doktor. Jika perlu, mereka akan berikan antibiotik yang boleh diambil ketika menyusu.

Thrush
Jika anda secara tiba-tiba mendapati puting susu sakit dan kemerah-merahan selepas menyusukan tanpa apa-apa masalah sebelumnya, anda mungkin terkena jangkitan kulat (thrush). Anda dan bayi perlukan rawatan. Lakukan juga perkara berikut:
• Apa sahaja yang dimasukkan ke mulut bayi harus dididihkan 20 minit setiap hari
• Tukar puting botol susu setiap minggu
• Cuci tangan bayi dengan kerap jika bayi suka menghisap jari
• Didihkan susu ibu yang dipam dan dibekukan semasa jangkitan berlaku bagi mematikan yis
• Pastikan payudara sentiasa kering dan dedahkan kepada udara seberapa lama yang mungkin
• Gunakan baju dalam pakai buang
• Apabila mencuci pad payudara, baju dalam atau lampin, gunakan air sabun yang panas. Pastikan semuanya benar-benar kering dengan cahaya matahari terik atau mesin pengering yang panas.
• Semasa jangkitan, gunakan tuala kertas untuk mengeringkan tangan dan gunakan tuala mandi hanya sekali sebelum dibasuh.

Puting susu rata atau pipih
Bayi menyusu dari bahagian areola, maka puting susu yang rata atau pipih bukan alasan tidak menyusukan. Mungkin ia sedikit sukar pada awalnya. Perhatikan perkara berikut:
• Mengeluarkan susu dengan pam dapat membantu membentuk puting susu
• Menarik atau memutar puting susu menyebabkan trauma pada puting

Payudara membengkak
Payudara akan membesar selepas melahirkan disebabkan proses penghasilan susu. Namun, jika ianya keras, bengkak, berdenyut-denyut, berketul-ketul, ‘penuh’ yang tidak selesa serta sakit, bekemungkinan anda mengadapi bengkakkan payudara. Ia mengakibatkan puting susu menjadi rata dan keras serta menyukarkan penyusuan. Ambil langkah berikut:
• Jika bengkak keterlaluan, tekapkan beg ais bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan
• Urutkan payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu
• Keluarkan susu diantara waktu menyusu secara manual
• Jika anda bekerja, pam susu seperti jadual susuan, sekurang-kurang setiap 4 jam.

Bekalan susu yang berkurangan
Bekalan susu bergantung kepada bayi anda. Susu baru akan dihasilkan selepas setiap penyusuan sebagai tindak balas daripada sedutan bayi. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu dihasilkan. Tidak perlu susu formula untuk menampung keperluan bayi.

Payudara Dihisap Suami Ketika Hamil

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman. Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.